logo text

Chapter 46 Aset negara itu penting

Pedang itu tiba tiba disilimuti api.
Api yang terang itu sama sekali tidak membakar sebaliknya hanya memancarkan rasa hangat.
“ Saya dapat merasakannya. Pedang ini hidup, ianya bersatu dengan saya!”
“ Hahahaha, lihat!. Siapa sangka, awak rupanya penerus kepada salah seorang askar yang berjuang bersama sama anak baginda raja Abdullah dalam misi ingin mengetahui penyakit apa yang melanda dunia.
Si kucing merah, itulah nama pedang awak. Pedang dari susur galur keturunan bersihir api. Hahahaha.”
“ Ianya, cantik. Apinya tidak menakutkan, tidak membakar serta bersinar terang. Saya bangga akan awak Teja.”
“ Terima kasih Tuah, saya juga tidak menyangka semua ini adalah kenyataan, terima kasih tuan kerana memberitakan hal ini kepada saya.”
“ Hahaha, saya gembira kerana dapat membantu.”
Tetapi........., bagaimanapun saya melihatnya, dia sudah lebih dari cukup untuk mewarisi pedang ini. Saya pelik kenapa waris atua keluarganya merahsiakan hal ini darinya.
"Awak mengatakan yang moyang saya juga terlibat dalam misi melihat apa yang terjadi kepada dunia. Dari misi itukah mereka mendapat jawapan yang binatang ini turun dari syurga?"
" Iya, moyang kita terlibat dalam misi itu. Disebabkan logam untuk membuat pedang itu terhad. Hanya 300 orang yang terpilih sahaja yang mengikuti misi itu.
Dikhabarkan, apabila mereka tiba di suatu lembah yang cahaya matahari tidak menyinarinya. Di lembah yang pelik itu menjadi jambatan yang menghubungkan binatang langit dan dunia kita.
Iya, syurga atu nereka. Kita tidak tahu, yang pastinya. Dunia kita terhubung dengannya.
Anak baginda raja serta semua orang yang melihat itu menemui jalan mati untuk menyelesaikan masalah ini. Sekuat apappun kita mencuba, kita tidak akan mampu melawan kehendak tuhan."
" ........... , sepertinya mereka menemui jalan buntu."
" Iya, begitulah.."
Suasana menjadi senyap.
" Bagaimana denga saya? adakah saya juga salah seorang dari kamu?"
" Awak?. Sudah tentu, tetapi saya sedkit ragu untuk awak juga boleh mengikat kontrak baru dengan pedang awak denga kondisi awak yang sekarang."
" Apa maksud awak?"
" Bagaimana saya hendak mengatakannya. Hmmmmmm, pedang ini diciptakan adalah untuk menjadi perisai manusia, ianya melindungi keselamatan kita, merealisasikan mimpi kita serta menjadikan sesuatu yang mustahil bagi kita manusia menjadi tidak mustahil lagi. sebelum terciptanya pedang ini, piramid makanan berubah.
Kemasukan banyak lagi haiwan buas dan raksasa menjadikan kita manusia yang berada di tingkat teratas dalam piramid makanan juga turut terancam. Iya, kita adalah salah satu daripada banyak mangsa mereka.
Percaya atau tidak, kita adalah buruan mereka. kita diburu tanpa ada sedikitpun kuaa untuk melawan balik.
Dalam sitausi yang menyakitkan serta menyedihkan itu. Terwujudlah pedang ini.
Pedang dengan pemegang yang tepat inilah yang menjadi pembela manusia, dari dulu sehinggalah sekarang."
" Cerita awak sangat hebat, ini8 membuatkan semangat saya semakin membuak buak untuk mencubanya. Tidak salah sekiranya saya mencuba?"
" Sudah tentu. Silakan."
" Tuah menggores jari telunjuknya lau menumpahkan darahnya ke pedang.
Beberapa titik darah hitam Tuah mengalir di pedang itu.
" ucaplah nama pedangmu!"
" Nama?, saya tidak tahu. Ayah saya tidak pernah menceritakannya."
" Ucaplah, menarilah arnab!"
" Menarilah arnab!"
Tiba tiba, pedang itu terbakar. Tuah menjerit kesakitan apabila api itu turut membakar tangannya.
" Pedang ini menolaknya. Seperti yang saya perkirakan, Tuah yang sekarang bukan manusia sepenuhnya lagi. Sedangkan pedang itu adalah senjata mutlak milik manusia."
" Tundukkan ia Tuah!, Awaklah penerus kepada perwira pedang arnab. Sekiranya awak putus asa sekarang, pedang itu akan tidak bertuan lagi."
Api itu membakar Tuah, ianya sakit. Pedang ini menolaknya.
Ini adalah pedang ayah saya, ikatan kontrak kita tidak batal. Hanya sahaja awak tidak mahu raksasa seperti saya menggunakan awak. Awak memang pedang sialan!
Kulit Tuah yang terbakar sembuh semula oleh keupayaan raksasanya. Saya tidak akan melepaskannya!!
Tanduk yang tidak ubah seperti tanduk kambing tumbuh di dahi sebelah kiri Tuah.
Tidak lama kemudian, sepayang sayap juga tumbuh di belakang Tuah yang menjerit kesakitan.
" Apa yang berlaku?, Tuah seperti bertukar menjadi raksasa."
" Tenang perempuan mudah!. Awak mengatakan kepada saya yang dia adalah serigala jadian. Tapi, bukankkah ini sosok pontianak?"
" Apa yang awak katakan?, pedang itulah yang membuatkan Tuah menjadi seperti ini.Tuah, lepaskan pedang itu!!, sebelum awak bertukar sepenuhnya."
" Tidak, jagan lepaskan pedang itu Tuah!!!, teruskan. Awak salah faham perempuan muda. Itulah sosok sebenar Tuah.
Tangan Tuah yang terbakar menyebabkan dia menggunakan keupayaan raksasa untuk menyembuhkannya. Dan untuk badannya menggunakan keupyaan penyembuhan yang laju, dia perlu bertukar ke bentuk aslinya. Bentuk pontianak yang sebenarnya.
Pendek kata, inilah Tuah yang sebenarnya."
Api dari pedang itu menjalar ke separuh Tubuh Tuah.
" DIamlah pedang sialan!!" jerit Tuah sambil menghentakkan pedang itu ke lantai dengan kuat.
Api yang dikeluarkan pedang itu hilang dalam sekelip mata.
Dari balik asap yang dikeluarkan pedang itu, tinggalah sebuah pedang hitam pekat dan tipis tidak ubah seperti katana sepanjang satu meter di tangganya."
" Hahahaha, tahniah. Awak berjaya menundukkanya untuk sekarang. Hahahaha.
Tapi siapa sangka, cita rasa awak terhadap pedang begitu jilek."
" Yang paling penting sekali, Tuah. Lihat cermin!" ucap Teja.
Tuah melihat cermin besar yang tergantung di sudut ruangan itu.
Dia melihat dirinya yang bertanduk dan bersayap.
" ARRRHHHHHHHHHHH. ada hantu yang menakutkan di cermin!!"
" Itu awak Tuah."
" Apa maksud awak?, saya tidak seburuk itu. Saya menolak untuk mengakuinya!!!, apa yagng aan berlaku kepada saya Teja?, sayx sudah bertukar sepenuhnya. Sekiranya sudah sampai begini, tidak ada cara lain. Awak perlu membunuh saya sekarang dengan pedang awak sebwelum saya kehilangan kendali!"
Tuah menangis teresak esak.
' Yolong jaga Maria sekiranya saya sudah mati!, Tolong. Saya merayu dengan awak!"
" Oooooooh, tenang Tuah!, ini bukan seperti yang awak fikirkan."
" Apa maksud awak?"
" Awak tidak akan kehilangan kendali. Badan awak normal, awak datang ketempat saya adalah kepututsan yang tepat. Saya akan membantu awak untuk mengendalikan pedang awak serta raksasa yang ada di dalam tubuhmu itu. Jangan risau."
" Awak bilang raksasa. Raksasa yang mana satu?"
" Kedua duanya, atau beberapapun raksasa di dalam badanmu. Tenang, jangan risau!
Arhhh, untuk awak yang sekarang. Dalam beberapa jam lagi, ianya akan kembali ke bentuk tubuhmu yang asal. Ianya cuma perlukan masa."
" Awak pasti tentang itu?"
" Iya!, saya seratus peratus yakin!"
" Oooh, begitu pula rupanya.Terima kasih banyak guru!!"
" Ya, sama sama."
" Dan untuk awak Teja, tolong lupakan sahaja apa yang saya ucapkan tadi!, hehe."
" Sudah cukup untuk sekarang. Kamu, boleh tidur. Selamat malam."
" Selamat malam guru!!" jerit mereka berdua.
" Eeeh, guru, pedang saya sudah tidak muat dari sarungnya, apa yang saya perlu buat."
" Hahahaha, sioapa suruh cita rasa awak terlalu pelik. Untuk asekarang, bungkus sahaja dengan kain buruk. Nanti besok kita ke pekan untuk menempa sarung baru."
" Eeeeeeeh, pedang yang cantik ini dibungkus dengan kain buruk?, ianya sedkit...... Menyedihkan"
" Awak tiada pilihan lain, lihat Teja, dia tidak ada masalah kerana bentuk pedangnya tidak berubah."
" Hahahaha, ianya kerana saya suka pedang itu. Itulah bentuk pedang yang ayah saya gunakan, saya tidak akan mengubahnya."

" Huuuuuh, bagaimana mereka boleh meminta saya untuk menjaga anak naga yang mereka pelihara."
Keadaan huru hara, pakaian seorang tukang gaji terbakar akibat anak naga itu.
" Ini sudah kali ke 10 dia mencederakan semua orang yang cuba mendekatinya. Nasib baiklah dia boleh menjadi aset negara di masa hadapan. Sekiranya tidak , sudah lama saya membuangnya.
Ingat Panglima Melaka. Awak berhutang besar kepada saya kerana meminta saya menjaga haiwan peliharaan awak. Pastikan saya melihat hasilnya nanti!
Hehehehe, melihat wira Melaka menaiki naga dan berlegar legar di istana Melaka. Ianya sesuatu yang berbaloi di tunggu."
< kata kata penulis>
Terima kasih kerana sudah membaca novel saya, saya sangat menghargainya. Plis, tlong follow intagram saya untuk mengetahui buku terbaru saya. Sumpah!, ianya menarik, pasal zombi. Hehe, jangan terlepas!
ps: insta saya ada di about profil saya. Babai

Book Comment (192)

  • avatar
    nsoku

    good

    22/05

      0
  • avatar
    SofeaIMey Adellyn

    Best cerita niii 💖💖💗

    14/05

      0
  • avatar
    QeehaFeera

    so good

    19/02

      0
  • View All

End

Recommendations for you