logo text

Chapter 18 si kecil jubah merah dengan serigala

Kereta kuda terus berjalan menjauhi kota Melaka. Didalamnya, Tuah dan Tun Teja duduk diam.
" Tun Teja. Boleh awak beritahu saya!, apa yang kita lawan nanti. Sejujurnya, saya tidak tahu apa apa tentangnya."
" Apa?. Biar betul, awak menerima tugas ini meskipun awak tidak tahu musuh yang awak akan hadapi?."
" Hahaha. Iya."
" Diam!!!!, tidak ada yang lucu tentang ini."
Tuah terdiam. Dia ketakutan.
" Maafkan saya. Saya janji tidak akan melakukannya lagi."
" Huuuuuuh. Tuah, ini bukan mainan. Awak memperuhkan nyawa awak disini. Bagaimana sekiranya awak terkorban?."
Tuah hanya diam sambil menunduk. Dia sangat takut untuk mengangkat kepalanya apatahlagi untuk membalasnya.
"Baiklah, saya akan memberitahumu apa yang awak perlu tahu. Mengikut laporan yang kita terima, musuh yang kita akan hadapi ialah serigala jadian.
Terdapat dua jenis serigala jadian. Iaitu serigala jadian biasa dan serigala jadian tulen.
Kami sering mengendalikan kes yang berkaitan serigala jadian biasa. Tetapi, ini pertama kali saya mendengar tentang kes serigala jadian tulen.
Serigala jadian tulen sangat langka, hampir mustahil untuk kita masih menemuinya sekarang. Tetapi, menurut Hang Lekyu, haiwan yang akan kita hadapi ini adalah serigala jadian tulen. Ini kerana, ianya berlipat kali ganda lebih kuat dari serigala jadian biasa.
Sudah berpuluh-puluh tentera elit kerajaan yang dihantar menjadi santapannya. Ianya adalah raksasa!."
" Bagaimana boleh sampai begitu?, apa yang membezakan dua jenis serigala itu?."
" Huuuuuh. Sekiranya saya bilang awak kurang bijak, awak akan terasa."
" Saya orang kampung. Saya tidak diajar tentang itu di sekolah!."
" Jangan menyalahkan takdir. Ini bukan sesuatu yang diajarkan di sekolah, saya memperlajarinya sendiri di perpustakaan kemarin."
" Ooh, ada perpustakaan disini?. Saya tidak pernah terfikir tentangnya."
" Kembali ke topiknya. Serigala jadian biasa adalah manusia normal pada mulanya. Tetapi, mereka dijadikan serigala jadian oleh serigala jadian tulen.
Tujuannya adalah untuk melindungi diri mereka. awak tahu, dengan memperbanyakkan serigala jadian. Identiti serigala jadian tulen akan selamat dari dijejaki pemerintah. Dia memanfaatkan kehebohan yang dilakukan serigala jadian biasa untuk melarikan diri dan bersembunyi. Dalam erti kata lain, serigala jadian biasa adalah kambing hitam mereka.
Untuk serigala jadian tulen pula. Mereka adalah keturunan dari pasangan taboo pada suatu ketika dahulu. Perkahwinan yang dilarang dan disumpah. Perkahwinan manusia dan serigala.
Untuk serigala jadian biasa. Mereka tidak mampu mengawal raksasa serigala yang ada di dalam diri mereka. Apabila darah serigala terangsang, mereka akan terus berubah. Tambahan lagi, apabila mereka berubah, mereka menjadi serigala sepenuhnya. Mereka tidak mempunyai akal fikiran. Ianya memudahkan kerja pihak pemerintah untuk membasminya.
Untuk serigala jadian tulen pula, mereka mempunyai darah yang sama dengan nenek moyang mereka, mereka adalah pemilik asli kepada raksasa serigala yang tidur didalam darah itu. Oleh itu, mereka boleh mengawalnya, mereka boleh berubah pada waktu yang mereka inginkan. Mereka boleh mengubah hanya bahagian badan yang mereka inginkan dan yang paling berbahaya sekali. Mereka masih mempunyai kesedaran manusia meskipun dalam wujud serigala sepenuhnya.
Mereka bijak dan kuat. Mereka sempurna, mereka adalah mesin pembunuh manusia. Haiwan itulah yang akan kita hadapi nanti.
Awak faham?, ada apa apa soalan?."
" Wow. Rupanya, musuh yang akan kita akan hadapi ini adalah lebih berbahaya dari naga."
" Awak betul. Meskipun saya belum pernah mendengar tentang serigala jadian tulen bertarung melawan naga. Saya yakin yang mereka boleh bertarung dengan seimbang. Hanya sekiranya awak adalah serigala itu."
" Hahahaha. Ceritakan saya tentang pasangan taboo itu!, bagaimana dia boleh berkahwin dengan serigala?."
" Ceritanya panjang."
" Tolonglah!, saya betul betul ingin mengetahui tentangnya wahai Tun Teja yang bijaksana lagi berdedikasi dan tidak kedekut ilmu."
"Hmmmmm. Saya tidak mempunyai pilihan lain nampaknya, baiklah. Saya akan menceritakannya.
Pada suatu ketika dahulu. Ada sekelompok serigala yang hidup di utara. Pada suatu hari, saat bumi bergetar dengan kuat, haiwan haiwan mistik memunculkan diri serta magik menjadi sebahagian dari alam. Kelompok serigala ini cuba untuk beradaptasi dengan keadaan baru itu.
Mereka bertarung melawan bermacam macam raksasa yang jauh lebih kuat dari mereka. Lama kelamaaan, apabila mereka sering memakan haiwan mistis itu. Serigala serigala itu menjadi semakin bijak.
Suatu hari, mereka memakan seorang manusia yang mempunyai magik yang tinggi di dalam badannya. Ianya mengejutkan, ianya sangat sedap pada mereka.
Tetapi malangnya, manusia jauh lebih bertamadun dari mereka, manusia hidup secara berkumpulan, mempunyai banyak senjata berbahaya dan sering bersembunyi di balik tembok.
Ianya membuatkan hampir mustahil untuk mereka untuk menjadikan manusia sebagai santapan harian.
Oleh itu, serigala yang bijak ini mempunyai idea. Mereka menangkap seorang lelaki yang mempunyai magik yang tinggi lalu menjadikannya wadah untuk ketua serigala.
Serigala sudah beradaptasi dengan dunia magik, hidup dengan bertarung dan memakan haiwan yang mempunyai magik. Akhirnya, membuatkan serigala turut boleh menggunakannya.
Dari ritual itu. Ketua serigala itu dimasukkan di tubuh lelaki itu. Semua kekuatan yang ada dari serigala akan disegel di cahaya bulan pada ketika itu.
Bulan penuh pada malam itu menyimpan semua kekuatan ketua serigala itu. Menggunakan magik, serigala itu berhasil memasuki tubuh lelaki itu.
Dia hanya mempunyai kekuatan lelaki itu, kerana hampir semua kekuatannya disegel di cahaya bulan. Sekiranya dia tidak menyegel kekuatannya, dia tidak akan menjadi manusia.
Setelah berhasil, dia kemudian memasuki penempatan manusia dan membunuh semua orang yang mempunyai kapasiti magik yang tinggi di tubuh mereka.
Kehadirannya yang bersembunyi di balik tubuh manusia mulai diketahui pemerintah. Raja memerintahkan tentera serta semua pahlawan negeri untuk menghabisinya.
Di pendekkan cerita, identitinya terbongkar, dia dikejar oleh semua orang. Dengan keadaan cedera parah, dia masuk ke dalam hutan dan bertemu dengan seorang budak perempuan yang memakai jubah merah yang sedang sibuk mencari buah hutan.
Perempuan itu terus segera membantunya.
" Awak tidak apa apa tuan?."
" Ya. Saya tidak apa apa."
" Tapi awak cedera parah. Silalah singgah kerumah saya agar saya boleh mengubatinya!."
" Awak tidak perlu kisah tentang saya. Urus sahaja urusanmu."
" .................... Oh tidak, adakah awak kehilangan darah yang banyak?, tidakkah awak tahu. Sekiranya awak kehilangan lagi, awak boleh mati."
Lelaki itu terkejut setelah mendengar ucapan perempuan itu. Itu sudah tentu, dia bukan manusia. Dia tidak tahu limitasi seorang manusia normal.
Sialan, sekiranya tubuh ini mati. Dia yang ada didalamnya akan turut mati. Perempuan ini menipu atau tidak, itu belakang cerita. Saya boleh dengan mudah membunuhnya dan 10 orang lagi orang yang sama dengannya. Mahu tidak mahu, saya perlu mempercayainya, saya tidak mahu berakhir disini.
" Bolehkah awak membantu saya sekiranya begitu adik?."
" Sudah tentu. Sila ikut saya!, saya akan tunjukkan arah ke rumah saya."
" Terima kasih cik."
" Sama sama dan nama saya Ruby. Bagaimana dengan awak?."
" Nama saya Roger."
" Selamat berkenalan denganmu Encik Roger."
" Ya, saya juga Ruby."

Book Comment (192)

  • avatar
    nsoku

    good

    22/05

      0
  • avatar
    SofeaIMey Adellyn

    Best cerita niii 💖💖💗

    14/05

      0
  • avatar
    QeehaFeera

    so good

    19/02

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters