“haah, saja nak luangkan masa.. lagipun harini kau cuti.. aku pun cuti , so apa masalahnya nak spend time” Jinna memegang tangan Yeona. Yeona sekadar tersenyum. Namun merasa kurang lengkap apabila Seola tidak menyertai mereka berdua. “kau macam mana sekarang?” “macam mana apa? Macam itulah.. Lebih bahagia..”kata Yeona. Jinna tersenyum. Turut bahagia apabila sahabatnya bahagia. Itulah keinginan seorang kawan kepada sahabatnya. “Kan aku dah cakap.. dokter Jimin memang sayangkan kau, sweet je.. sedar dari koma dah ada yang menunggu, bukan macam aku, nak kena cari dulu” Yeona ketawa kecil. “tapi ada satu perkara besar yang kau tak tahu lagi..” “apa?” “Jimin yang selamatkan aku waktu kemalangan dulu.. dan Jimin juga yang bantu siasat tentang kes aku”Kata Yeona. Jinna ternganga mulutnya. Terkejut dengan berita. Namun bibir disiniskan semula. “dah alang-alang selamatkan kau asal dia tak selamatkan aku sama? Kenapa Zeyn yang selamatkan aku dan Yeona? Sedih kejap” Yeona ketawa terbahak-bahak menapar lengan Jinna. “itulah.. aku pun terkejut. Lagi-lagi dia dah kenal keluarga aku lebih lama.. sebab papa jugalah dia tolong aku” “apa kena mengena?” “papa aku pernah tolong keluarga dia dulu, katanya nak balas jasa baik keluarga aku”Ujar Yeona. “sweet lah.. dulu kau kena layan perangai dia sedangkan dia normal padahal ada sesuatu disebaliknya. Boleh mengalahkan drama, My Crazy Man.. dah la sama dengan mimpi kau pula itu” Jinna menarik tanga Yeona berpusing satu mall. Sesekali menjamah mata dengan pakaian-pakaian wanita. “eh kejap” Jinna menghentikan langkah lalu menarik Yeona kebelakang bersamanya. Tangan menunjuk kearah pasangan yang sedang berjalan bersama. “Jimin?” “Jimin.. Seola?” Jantung Yeona berdengup laju melihat pasangan yang lalu dihadapannya. Bagaikan bahagia berpegangan tangan. Yeona melepaskan pengangan Jinna dari lengannya. Dia mendekati pasangan tersebut. “Jimin Seola!” Jimin dan Seola berpaling kebelakang. Melihat Yeona dan Jinna yang berlari anak mendekati mereka berdua. Pang! Pipi Jimin ditampar perlahan. Benar-benar sakit hati melihat perkara dihadapannya. “apa awak buat ni Bae Jimin?” Soal Yeona geram. Dia memandang Seola yang memaparkan wajah bingung. Tak tahu Yeona mahu melakukan apa. Dua-duanya bersalah. Tidak adil jika dia memarahi aku membela salah seorang darinya. “awak cakap awak sayang saya.. tapi kenapa awak buat saya macamni? Seola? Dengan kawan rapat saya sendiri?” “awak cemburu?” Soal Jimin. “isteri mana tak cemburu kalau suami dia keluar dengan wanita lain, awak suami saya Bae Jimin!” beg tangan dihayunkan mengenai dada Jimin. “Bertenang Yeona.. wait apa yang berlaku sebenarnya” Jinna menarik Yeona kebelakang. “aku rasa Yeona dah salah faham.. Yeon, Jimin sepupu aku.. dia nak teman aku cari hadiah untuk ulang tahun Zeyn, kau lupakah? Tunang aku?” Yeona tergamam. “sayang juga bini aku dekat aku” * * “lepaskanlah aku!” “itulah kau.. buat jahat pun dengan isteri orang berpangkat, kan dah tak dapat keluar..” Haddy menghidangkan makanan lalu diberi melalui lorong kecil. Adrian menjeling perlahan Haddy yang mengenakan apron berwarna pink. “cantik tak apron aku harini? Kak kantin tu bagi.. saja nak pakai..”kata Haddy. Adrian tidak membalas malah menggoncang kuat besi penjara itu dan meminta bantuan untuk dilepaskan. “woi bising lah!” jerit orang yang berada di lokap sebelah. “kenapa ni Adrian? Kenapa suka bising hmm?” Haddy mendekati kearah Adrian. “lepaskan aku..” “haa? Nak keluar ka?” Adrian mengangguk. “baiklah aku akan keluarkan kau ta-- pi kenalah tidur dulu, jangan menganggu orang lain”Haddy menekan suntikkan ubat pil tidur ke dalam badan Adrian. Jarum dikeluarkan perlahan. Tubuh Adrian jatuh di atas lantai. “itulah.. suka sangat buat bising” kata Haddy. * * “duduklah Jimin.. nanti awak pening, lepastu ulang alik tandas pula” Yeona penepuk katil kosong disebelahnya. Lelaki itu berjalan lemah mendekati katil lalu merebahkan badannya. Rasa lemah sehinggakan berdiri pun tidak larat. “kan saya dah cakap nak minum atau makan bagitahu saya”kata Yeona menyapukan minyak di kepala Jimin. “taknak awak penat..”jawab Jimin. “tapi saya lebih penat tengok awak macamni, suruh pergi klinik taknak.. takut jarum lah apa lah cucuk orang boleh pula”bebel Yeona. “kenapa kena bebel? Tak kesian dekat saya ka? Tak sayang saya dah?”Jimin memicit pangkal hidungnya, “Bukan tak sayang tapi mengada sangat.. nak suruh telan ubat pun susah..” “baby yang buat daddy dia jadi macamni..”Jimin menunjuk perut Yeona yang masih kempis itu. “mengadalah..” “sayang..” “hmm?” “rasa teringin nak bau asap kapal terbang lah pula…”kata Jimin. * * “Bersalin nanti, berpantanglah di rumah Eomma..” Yeona tersenyum manis memandang Jimin disebelahnya. Lelaki itu mengangguk kepala tanda mengizinkannya. “Mestilah nak eomma.. lagipun udara dekat sini seronok”Kata Yeona menggengam tangan ibu mertuanya puan Bae. “baguslah itu, boleh juga lah eomma tolong uruskan anak kamu berdua nanti..”Puan Bae tersenyum. “Terima kasih eomma, Jim pun rancang nak pindah tinggal di sini”kata Jimin. “kamu nak pindah? Kerja kamu? Takkan kamu nak ulang alik dari Busan ke Seoul? Jauh tu..” “kami tak pasti lagi, tapi--” “janganlah.. sayang kerja kamu berdua.. susah nak capai cita-cita menjadi dokter..tinggallah di sana sahaja, tak perlu susah untuk berpindah..”Kata Puan Bae. “betul juga tu sayang, lagipun bulan depan awak bersalin.. nanti nak uruskan baby hal pindah kerja pula yang masalah..”Jimin memandang Yeona. “Saya ikut sahaja..” “dah, eomma nak pergi dapur kejap.. lama sangat budak-budak tu masak, entah menyembang di dapur pula”Puan Bae berlalu pergi. Jimin menidurkan kepalanya di atas paha Yeona. Belaian lembut di rambut diberikan oleh Yeona. “Tak sangka kan..” Yeona mengerutkan dahi. “kenapa?” “ya la.. daripada satu kes dah jadi kes cinta, Nampak seronok pula jalan cerita kita”Ujar Jimin. “macam-macam lah awak Jimin..” “awak cakap saya hero dalam mimpi awak, dekat depan mata awak juga saya hero bukan?”Jimin tersengih nakal. Yeona ketawa kecil sebelum bermain gemas pipi Jimin. “Dah la angkat kepala awak.. saya nak layan drama sekejap”Mata Yeona kembali fokus kepada telivisyen. Jimin mengangkat kepalanya. Badan disandarkan pada permukaan sofa, kaki disilangkan.Sibuk juga melayan drama. “Jimin.. Yeona jom mamakan…”Puan Bae bersuara “Jom sayang” Jimin menepuk perlahan baha Yeona dan menurunkan kakinya dari sofa. * * Satu tahun kemudian.. “BAE AIRA!!!” Kedengaran kuat suara Yeona di ruang tamu sehingga mengejutkan bayi perempuan yang berusia sepuluh bulan ligat menaiki walker bayi. Kaki semakin lincah memijak tanah. Hanya menunggu masa untuk berdiri dan berjalan. “Ni mommy tak bagi naik ni.. kalau letak merangkak pula, letak atas kerusi menangis, ke mommy nak kena ikat kamu dekat dinding?” “apa pula buat anak macamtu?” Jimin datang hanya mengenakan tuala. Rambut yang masih belum kering menandakan lelaki itu barusan mandi. Bayi perempuannya didukung perlahan. Pipi gebu dan tembam bayi itu digomol sehingga tertawa kecil si bayi. “buas sangat macam daddy dia.. tak reti nak duduk diam”kata Yeona. “dia nak boleh berjalan biarlah, kan sayang daddy..” “aww…” Yeomin memasukkan jarinya bermain air liur. Yeona pula sudah cemburu melihat aksi ayah dan anak itu. “ada orang tu cemburu la.. Kan Aira?”Jimin mengerling Yeona yang sudah bermasam wajah. Tangan gadis itu dicapainya lalu ditarik agar mendekatinya. “dah la tu sayang.. merajuk lama-lama buruk nanti”Jimin bermain hidung Yeona namun ditepis kuat tangannya. “manja sangat dengan anak awak tu..” “ouhh kalau macamtu, kita bagi Yeomin adik lelaki tak adalah awak merajuk sangat tapi.. nanti saya pula cemburu.. emm tak boleh jadi” Jimin menggelengkan kepalanya. “macam-macam lah awak.. dah pergi bersiap.. jom mommy mandikan Aira” Bayi itu beralih kepada dukungan Yeona. Jimin mencium sekilas dahi Yeomin. “sayang..” “ermm?” “i love you” “i love you too my bee” “tak habis lagi ke dengan mimpi dia?”tanya Jimin.
TAMAT
I-download Novelah App
Maaari kang magbasa ng higit pang mga kabanata. Makakahanap ka ng iba pang magagandang kwento sa Novelah.
....
02/12/2023
0500
18/07/2023
0...nice
11/07/2023
0Tingnan Lahat