Yeona mendudukkan tubuhnya yang terkulai lemah. Seharian menahan lapar. Makanan yang dihidang tidak sentuh sama sekali. Tubuhnya seolah kehabisan tenaga kerana menjerit dan meenghentakkan kaki. Namun perbuatanya sia-sia kerana tiada sesiapa yang akan membantunya. Tidur tidak lena, Yeona sibuk memikirkan sesuatu. Nampaknya orang yang ada di mimpinya benar-benar ada, dan ada memori yang tidak dapat diingat tentang mereka. Jimin, Adrian dan gadis itu.. Mi Cha.. “kau dah bangun?” Yeona mendongak memandang Adrian yang membawa dulang berisikan mangkuk itu. Asap yang bertebangan menjadi tumpuannya. Adrian melihat makanan semalam yang masih tidak terusik. “kau tidak makan hmm?” Yeona tidak menjawab. Memilih untuk diam. “maaflah, anak buah aku memang suka makan benda pelik-pelik.. makan lah bubur ni, aku tak lah jahat sangat” Adrian meletakkan dulang tersebut. Bingung melihat Yeona yang tidak bergerak, akhirnya dia memutuskan mahu menyuap gadis itu. “lupa pula kau kena ikat.. buka mulut” Yeona tidak menolak, dia benar-benar lapar dan perlu memakannya untuk sedikit tenaga. “Adrian.. awak bencikan saya?” “ya sudah tentu” “t-tapi kenapa?” Adrian meletakkan mangku berisikan bubur nasi itu. Dia menatap Yeona tajam. “sebab kau buat aku dan Mi Cha berpisah.. kau tak ingat? Bukankah aku dah bercerita semalam?” “saya minta maaf..” “maaf kau tidak diterima, jujur kau manusia paling jahat aku jumpa Yeona.. sampai sekarang aku masih belum berjumpa dengan MiCha!” Mangkuk tersebut dibaling ke atas lantai sehingga pecah. Sepihan kaca diambil lalu diarahkan kepada Yeona. “kenapa kau jahat sangat sampai kau nak ganggu--” “Kau buat apa tu?” Adrian dan Yeona berpaling kearah seorang lelaki yang berpakaian kemeja hitam. Adrian memandang meja yang selalu anak buahnya lepak. Tiada, dimanakah mereka?” “kau siapa?”Adrian berdiri. “kenalkan aku Jimin, Dokter Jimin..”tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Jimin berjalan tenang mendekati Adrian. “apa kau buat dekat sini?” “sudah pasti aku nak tangkap kau..” Adrian ketawa sinis. Tubuh Jimin ditolak kasar sehingga lelaki itu sedikit berundur. “datang nak acah hebat? Sorang kau je?” “ya, aku seorang” Adrian mengepal tangan. Geram dengan jawapan Jimin yang seakan menghina dirinya. Pistol dipoket dikeluarkan lalu diarahkan kepada Jimin. “kau yakin dengan pistol kau, aku akan mati?”Soal Jimin dengan sinisnya. “apa maksud kau, aku tak pernah bermain di hal seperti ini”kata Adrian. “tapi kau yang ajak aku bermain dulu, kau terlalu rindukan cinta hati kau sampai sanggup balas dendam dekat orang lain sedangkan kau puncanya dia hilang”Ujar Jimin. Adrian diam. “T-tak! Punca dia perempuan ini!” “jangan tuduh dia.. kalau kau sendiri dah sakit jiwa.. kesian.. kena tinggal ya?” “Kau ni--” “Sudah!! adrian tolong.. tolong lepaskan kami.. Jimin sakit, dia mental.. tolong”Yeona cuba menggerakkan tubuhnya. “kenapalah kau curang hmm? Kau tinggalkan dia sedangkan dia dah cintakan kau.. lepastu mulalah kau nak menuduh orang yang tak bersalah?” Jimin menambahkan bara. “Jimin sudah!!!” “Kau memang tak guna!!!!” Adrian mengarahkan pistol tepat pada Jimin. “kau lemah Adrian.. lemah..” “kau---”Adrian menekan tombol pistol. BANG! Tubuh Adrian jatuh terkulai. Darah memenuhi tubuhnya.Polis-polis dan beberapa orang penggawai mendekati mereka. “Dokter ni kan.. kalau dia tembak dokter macam mana? Nasib kitorang sempat!”Zeyn menampar perlahan bahu Jimin. Jimin hanya membalas dengan katawa. Pang! Terkejut apapibla merasakan tamparan dari seseorang. Jimin mengangkat wajah .Tangan memengang pipi yang masih terasa sakit. “puaslah tipu aku? Ha? PUASLAH KAU TIPU AKU?!” Yeona menolak dada Jimin. “Yeona--” Jimin cuba memegang tangan gadis itu namun Yeona menghalangnya. Dia benar-benar kecewa dengan apa yang dilakukan Jimin. “kenapa awak buat saya macamni?” “ada sebab--Yeona!!” laju Jimin menangkap tubuh Yeona yang terjatuh lemas dipelukkannya. Dapat dirasa kulit Yeona yang memanas. “dia demam ni..”Kata Zeyn yang memeriksa suhu badan gadis itu. * * Yeona menggerakan kepalanya. Sesuatu yang terasa sejuk di dahi membuatkan dia tidak selesa. Perlahan kelopak mata terbuka. “Kau sudah sedar?” Yeona menatap sekeliling. Dia berada di biliknya. Tangan yang digenggam Jimin dilepas kasar. Yeona membuang wajahnya kearah lain. “Yeona..” “awak ingat saya apa? Patung yang senang awak mainkan dengan drama bodoh awak itu? Hmm?” “Yeona saya tahu saya salah.. tapi ada sebab saya buat semua ini, demi kebaikan awak juga” Bahasa tertukar. Jimin benar-benar merasa bersalah. “saya jaga awak sampai naik gila Jimin! Kadang-kadang saya sampai makan pil penenang sebab stress berfikir tentang awak dan perkahwinan bodoh ini!”bentak Yeona kuat. Yeona mendudukan tubuhnya. Dia menatap mata Jimin.Perasaannya bercampur bauk. Dia tidak tahu mahu melakukan apa sekarang. “saya risaukan awak dekat sana Jimin.. saya risau sebab takut awak tidak balik dari hospital atau awak hilang! Rupanya awak..” Bibir dikemam. “betul lah sangkaan saya, awak normal.. sengaja fail kan ujian palsu” “Cuba dengar dulu saya cakap Yeona, saya buat ni demi kebaikan awak! Memang saya normal.. “ “untuk apa lagi? Awak bodohkan saya awak tahu tak?!” “Yeona.. “leave me alone.. pergilah, jangan ganggu saya”Yeona memeluk lutut. Jimin menghela nafas. Dia menurun dari katil dan kaluar dari bilik Yeona. Dia patut memberikan gadis itu masa. Yeona menatap rak yang diletakkan dulang berisikan makanan di atasnya. Namun dia tertarik bersama mangkuk kecil yang berisikan madu. “saya rindu Jimin..”
I-download Novelah App
Maaari kang magbasa ng higit pang mga kabanata. Makakahanap ka ng iba pang magagandang kwento sa Novelah.
....
02/12/2023
0500
18/07/2023
0...nice
11/07/2023
0Tingnan Lahat