“sejak berkahwin dengan MR.Crazy ni makin berseri eh..” Seola menampar perlahan bahu Yeona. Yeona sekadar diam. Air jus dikacau bersama sudu kecil lalu diteguk perlahan. Jinna tersenyum nakal kepada Seola. “aku ingat aku yang dulu dari kau, tak sangka pula kau dulu dari aku..”perli Seola. “nak buat macam mana, jodoh”Kata Yeona selamba. “macam mana kau boleh layan mental dia? Tapi kan.. aku tengok dia macam normal sahaja.. handsome pun handsome..”Puji Seola. “itulah si Yeona ni sibuk fikirkan, Jimin memang nampak normal.. tapi kadang-kadang dia tak waras,banyak ujian yang mengatakan dia ada masalah mental..”Ujar Jinna. Seola mengangguk walaupun tidak berapa faham dengan cerita yang disampaikan. “baru-baru ni dia nampak matang, tapi baru dua hari lepas dia pergi gigit plastik tong sampah.. lepastu malam tu. Dia nak makan mee.. tapi tak ada mee, aku cakaplah ada mee segera dekat rak.. kau tahu dia buat apa?” Dua sahabat itu mengangguk laju menyuruh Yeona sambung cerita. “dia ambil iron aku, lepastu dia iron mee segara tu, katanya nak bagi lurus macam orang lurus rambut, barulah nampak macam Mee” Yeona menggelengkan kepala mengingati hal tersebut. “macam-macam juga perangai dia.. tapi tak apalah.. asalkan kacak”kata Jinna. “tapi kau dah…” Seola memandang Yeona. “dah apa?” “dah tu ke?” “apa?” “tu la..” “Gila! Kau ni fikir yang waras la.. Jimin tu mana tahu semua tu kalau dah dia pun tak sihat mental..”Jinna membaling tisu kearah Seola. “ouhh.. ouu betul juga kan..” “dah la.. makan cepat, aku nak balik ambil Jimin pula lepasni” kata Yeona. “Jimin buat apa?” “dia ada soal jawab dengan dokter Lee” * * “jadi korang dah betul-betul siasat semua ni? Dan fasal kemalangan yang Yeona hadap?”Tanya Jimin memeriksa butiran kes dihadapannya. “Ya, Dokter.. kami dah periksa semuanya, cuma nomber plat kereta itu adalah palsu, jadi masih dalam siasatan..”Ujar lelaki bernama Zeyn itu. “kau yakin ke orang yang selalu hantar barang-barang pelik tu ada kena mengena dengan Yeona?”tanya Felix. Jimin menaikkan cermin matanya. Kedua belah tangan saling digenggam. “kau tak pelik, kenapa bila Yeona sedar dari koma.. barang-barang pelik itu sampai?”Soal Jimin. “pelik juga.. cuma aku tak yakin. Aku ada tanya Yeona baru-baru ini dan dia jawab itu hadiah dari pesakit katanya. Biasalah orang mental..”Ujar Felix. “aku betul-betul risau.. Aku tak akan pastikan perkara itu jadi.. aku taknak Yeona terjadi apa-apa” “tapi Dokter, takkan dokter tak tahu siapa yang pernah ada hubungan dengan dokter Yeona sebelum ini?”Tanya Zeyn. “aku belum kenal dia sepenuhnya.. jadi aku tak pasti kecuali Jinna.. sahabat rapat dia” “Ouh saya hampir lupa, tunang saya juga sahabat rapat.. lebih kata mereka bertiga sahabat baik..”Kata Zeyn. “tunang kau?” “ya tunang saya.. Seola” “tunang kau tak tahu ke tentang hubungan Yeona? Tunang kau juga terlibat dalam kemalangan itu kan?”Jimin memandang Zeyn. “ya, tapi Seola cakap Yeona tidak pernah ada teman lelaki.. susah sedikit gadis itu, jika ada perkara penting dia akan rahsiakan..” “susahla--” Bunyi telifon kedengaran. Jimin memandang layar Iphonenya yang terpapar nama seseorang. Panggilan diangkat. “Tuan! Puan Yeona kena culik!!” * * “Lepaslah!!!” Yeona menggelupur badannya. Kedua tangannya diikat berlakang tiang. Dua orang lelaki yang ditugas menjaganya sibuk melayan permaianan video. Setiap jerit dan kata-kata Yeona hanya sia-sia kerana diedahkan mereka. Yeona bernafas laju. Penat menjerit minta dilepaskan. Dia sendiri tak faham apa yang berlaku. Baru sahaja mau memasuki keretanya, dirinya bagai menghidu bau gas yang membuatkan dia jatuh pengsan akhirnya. “Woii!! Lepaskan aku lah!”Jerit Yeona sekali lagi. “Kau ni bising lah! Kalah dah aku..”Kata seorang lelaki yang memakai baju tanpa lengan bersama tatto ditangan. Rayden meletakkan telifonnya lalu mendekati kearah Yeona. Pipi gadis itu dicengkam kuat membuatkan Yeona mengadu sakit. “boleh tak kau diam? Kalau lapar makan sahajalah makanan tu.. pakai kaki, tangan kau kena ikat.. aku malas nak buka”Kata Rayden meletakkan hidangan dekat dengan Yeona. Yeona menggelengkan kepala melihat hidangan tersebut. Walau disuruh makan menggunakan kaki pun dia tak akan makan makanan itu. Kimchi yang sudah basi, bersama sisa ayam goreng dihidangankan kepadanya. Hanya manusia tidak waras sahaja sanggup makan. “Lepaskan aku! Kenapa culik aku? Apa salah aku?!” Yeona menghentakkan kakinya. ”Itu manalah aku tahu.. aku hanya menjalankan tugas.. kau tanya lah dengan bos aku..” “tolong lepaskan aku!” Yeona benar-benar tidak tahu mahu buat apa. Pasti ahli keluarganya risau dan Jimin. Dia belum menjemput lelaki itu dihospital. Sekarang sudah malam, pasti lelaki itu masih menunggunya dihospital. Macam perkara boleh jadi, Jimin boleh hilang kerana mencari jalan pulang. Sudah pasti Jimin tidak mengingati jalan pulang ke rumah. Melainkan dia cuba menghubungi keluarganya, dan keluarganya tahu tentang kehilangannya. Benar-benar resah memikirkan Jimin. “Tolong lepas--” “kenapa kau bising ha?” Seorang lelaki bertubuh tinggi berjalan memasuki bangunan tersebut. Rokok di bibir dilepaskan. Senyuman berlesung pipit ditayangkan. “Yeona.. kau sudah bangun?” “kau siapa?! kenapa culik aku? Aku nak balik la!” jerit Yeona.Kaki dihentakkan ketanah. Lelaki itu berjalan mendekati Yeona. Pipi Yeona diusap perlahan. “aku tak sanggup nak sakitkan kau sayang.. tapi aku terpaksa..”Topeng wajah dibuka. Yeona diam melihat wajah lelaki itu. Adrian, lelaki yang sama dalam mimpinya. “kau lupa aku? Lelaki yang tergilakan kau di zaman persekolahan dulu? Lelaki yang kau pernah hina dihadapan orang ramai?” Adrian tersenyum. “sekolah?” Yeona tidak mengingati sama sekali hal tersebut. Bahkan dia masih terkejut dia mempunyai hubungan dengan lelaki yang sama. “kau lupa?” **** “padanlah.. bodoh dengan bodoh.. miskin dengan miskin..”Yeona tersenyum mendekati pasangan yang sibuk berdating di taman sekolah. Adrian dan Mi Cha. “awak nak apa Yeona? Kami tak ganggu awak pun..” Adrian berdiri melindungi Mi Cha. Gadis itu sudah menunduk wajah. Takut. “apa? Memang kau tak ganggu.. aku datang mahu bertegur sahaja.. salahka?”Yeona memeluk tubuh. “memang salah! Awak ganggu kami.. dan awak hina kami” “lah terasa ke?”Yeona menutup mulut menggunkan tangan. ”jangan terlalu kurang ajar Yeona.. pergilah, jangan ganggu kami”Adrian menolak perlahan Yeona namun tangannya ditepis. “Eyy dah la busuk! Pegang aku pula! Padanla kau dengan Mi Cha ni.. serasi sangat kebodohan tu HAHAHAH” **** Yeona terpaku. Dia benar-benar terkejut dapat mengingati perkara yang buatkan Adrian berdendam dengannya. “Kau tahu betapa bencinya aku dengan kau?” “Kau tahu tak?!” “aku sakit sangat.. sampai tiga malam aku cuba untuk bunuh diri.. aku rasa aku tak layak untuk Mi Cha, Mi cha juga hilang begitu saja .tapi sekarang aku puas sebab aku dapat kau, dan aku lebih seronok dapat beri kau hadiah” Yeona menatap Adrian tidak percaya. Rupanya Adrian lah yang memberinya hadiah yang bukan-bukan itu. “dan aku juga yang langgar kereta kau.., tapi kau kena syukur.. setiap hari aku melawat kau di wad kau, aku yang mandikan kau.. dan aku yang jaga kau tanpa pengetahuan” Yeona terpaku. “Rasa benci aku dekat kau buatkan aku rasa dendam!” * * “saya dah dapat lokasi” Jimin berdiri mendekati Zeyn yang sibuk melihat laptop itu. “nampaknya Yeona ada di lokasi bangunan lama berlakang syarikat besar ini, tapi sepertinya aa sesuatu yang mencurikan dengan tiktik merah ini” kata Zeyn “apa maksud dia?” tanya Felix. “mungkin ada perkara yang berbahaya, seperti bom, gas atau dadah..” Jimin dan Felix mengangguk perlahan. “kau nak serang bila?”Tanya Felix kepada Jimin. Lelaki itu memeluk tubuh. Dari semalam tidak dapat tidur kerana cuba mencari lokasi Yeona. “Lagi cepat kita serang lagi cepat isteri aku selamat.. tapi pastikan ada plan, aku taknak siapa pun terjejas!”kata Jimin.
I-download Novelah App
Maaari kang magbasa ng higit pang mga kabanata. Makakahanap ka ng iba pang magagandang kwento sa Novelah.
....
02/12/2023
0500
18/07/2023
0...nice
11/07/2023
0Tingnan Lahat