logo text

32:kotak misteri lagi??

Seminggu sudah berlalu. Ya, Yeona menerima lamaran Jimin untuk menjadi isterinya. Bukan sebab cinta, tapi mahu merawat Jimin.
Setiap malam dia berfikir benar atau tidak apa yang cuba dikatakan oleh Jimin dan Yonggi. Felix juga menyokong hubungan mereka agar Jimin menjadi lebih rapat dengannya.
“Selamat pagi sayang.. tidur yang nyenyak semalam?”
Yeona tidak mmbalas. Malah fokus menghidang sarapan pagi. Tertawa kecil melihat Yeona yang memerah wajah itu.
“kau ke hospital harini?”tanya Jimin.
“ya, sudah pasti.. lagipun saya yang bekerja, siapa lagi nak cari duit makan”Kata Yeona sambil makan makanan yang dimasknya.
Jimin mengerling Yeona. Perli dia lah tu.
“aku kan sakit.. jadi kau lah perlu bekerja.. mana tahu lepas aku sembuh nanti aku akan bawa kau seperti permaisuri..”kata Jimin.
“itu pun lepas awak sembuh awak ingat saya, kalau tak ingat?”
“kenapa pula aku tak ingat? Kau isteri aku jadi aku perlu ingat semuanya..”Ujar Jimin dibalas anggukan.
Bunyi hening ditambah garfu dan sudu yang berkelahi di pinggan. Masing-masing sibuk menikmati sarapan.
Jimin curi-curi memandang Yeona. Sejak berkahwin mereka jarang untuk berbual sepertinya. Hanya sekadar berlakun di rumah keluarga Yeona.
“aku nak ikut kau pergi kerja”
Yeona memandang Jimin. Mulut mengunyah makanan lalu kepala digelengkan tanda dia tidak mengizinkan.
“aku nak juga..”
“Jimin..”
“kalau tak aku tak akan makan ubat”
Yeona turun dari kerusi mendekati rak yang dipenuhi ubat-ubatan. Ubat Jimin yang masih penuh itu diletakkan di atas meja berhadapan Jimin.
“awak tak pernah makan ubat, ubat ni nak dekat dua bulan dah.. masih tak nampak kosong..”tegur Yeona.
Perit leher mau menelan liur. Jimin teruskan makan.Tidak memandang hadapan melainkan menunduk.
“awak nak sembuh atau tak Jimin?”
“aku nak.. cuma kenapa kau berikan aku ubat penenang? Itu bahaya..”Jimin cuba melawan.
“macam mana awak tahu ini ubat penenang?” Yeona semakin keliru.
Jimin mengetap bibir. Dia diam dan mengambil ubat itu lalu dimakan dua biji olehnya.
‘habislah kau Jimin.. ubat penenang ada dalam badan kau..’
Air diteguk sehingga habis. Gelas diletakkan semula diatas meja. Jimin menatap Yeona.
“dah makan.. jadi aku nak ikut!”
*
*
“kenapa kau bawa dia? Dia buat perangai ke?” soalan Jinna dipulaukan. Tangan sibuk menanda kertas yang diberi.
Jinna mengerling sekilas Jimin yang duduk di atas sofa sambil melayan Ipad milik Yeona. Mengalahkan orang normal.
“Nah.. nanti kau pergi ambil tandangan atasan lepastu baru boleh bawa belik pesakit, kenapa tiba-tiba nak bawa balik pesakit?”tanya Yeona.
“aku kesian dengan budak tu.. dia comel tapi sayang kena tuduh dengan keluarga dia gila”balas Jinna.
“dia normal?”
“ya, aku dah periksa semuanya.. sebab tu aku nak keluarkan dia dari sini.. kesian, dia selalu mengadu yang dia dah tak ada siapa-siapa..”
Yeona mengangguk faham. Jinna beransur pergi. Mata menatap Jimin yang sibuk melayan Ipad.
Masa untuk memulakan kerja. Dia berjalan keluar dari biliknya untuk memeriksa pesakit-pesakit disana.
“dah pukul dua, kenapa diorang tak makan lagi?”Tanya Yeona kepada jururawat yang bertugas.
“belum, diorang perlu menerima suntikkan harini, lepas suntik baru boleh makan..”
“ouhh ya? Masih ada borang kosong?”tanya Yeona.
Jururawat itu memberi helaian kertas kepada Yeona. Yeona mengambilnya lalu kembali ke pejabatnya.
“Jimin..”
Jimin yang fokus memandang Ipad hanya berdehem sebagai jawapan.
“Jom, awak kena suntik..”
Terus membulat mata Jimin memandang Yeona. Suntik? Ubat penenang? Tidak mungkin…
“tak, aku tak mahu..”
“Jimin, macam mana nak sembuh kalau awak--”
“sa--sakit..” Jimin menyentuh kepalanya. Nafas tercungap-cungap membuatkan Yeona mendekatinya.
“Jimin awak okay?”
Wajah Jimin berpeluh.Rambut dicengkam kuat seolah ada satu memori yang diingatkannya.
“Jimin..”
“aku…aku “
“aku apa? Awak ingat apa-- JIMIN!”
Yeona berlari keluar memanggil beberapa orang untuk membantu Jimin yang sudah Pengsan.
Hati mengucap syukur. Nampaknya lakonannya betul-betul menjadi.
*
*
Yeona berjalan memandang Jimin yang duduk di atas kerusi roda ditolak oleh jururawat itu.
Lelaki itu baru selesai drip water akibat air yang kurang kata Dokter.
“awak nak balik teruskah? Saya nak hantar..”Tanya Yeona kepada Jimin. Butang lif ditekan.
“kau masih perlu kerja?” Soal Jimin manja.
“ya, saya balik petang nanti.. kalau awak nak balik rehat dulu saya hantar..”
Jimin memuncungkan bibirnya. Niat nak bermanja dengan isteri hancur apabila wanita itu perlu bekerja.
“tak apalah.. aku masih boleh berjalan, aku rehat dibilik kau sahajalah.. kau pergilah sambung kerja”kata Jimin bangun berdiri.
“betul?”
Jimin mengangguk lalu berjalan meninggalkan Yeona menuju ke pejabat gadis itu.kelilingnya penuh dengan pesakit.Jimin hanya jalan seperti biasa.
Matanya tertunpu kepada seorang lelaki yang berpakaian serba hitam. Lelaki itu mendekati bilik pejabat Yeona dan membuka pintu.
Jimin cuba berlari mahu menghalang namun lelaki itu lebih cepat pergi. Mungkin tidak sedar dengan kehadirannya.
Pintu bilik Yeona dibuka. Terdapat plastik hitam ditepi pintu. Jimin mengambilnya lalu dibuka perlahan.
Terdapat kotak kecil di dalam. Kotak tersebut dibuka. Bunga ros yang dibasahi dengan darah segar serta ada satu surat yang menjadi perhatian Jimin.
Aku rindukan kau sayang
“Ji--”
Gelabah Jimin memasukkan kotak tersebut ke dalam plastik hitam lalu diletakkan ke dalam tong sampah. Tak lupa juga digigit sedikit plastik sampah itu.
Yeona menarik baju Jimin. Terkejut, masuk-masuk sahaja nampak Jimin menokak plastik tong sampah.
“apa awak buat ni Jimin?”
“aku lapar.. aku nak rasa plastik ni”kata Jimin lalu menyambung menokak plastik tersebut.
Yeona menggelengkan kepalanya, Tubuh Jimin ditarik menuju ke sofa. Yeona mengambil roti yang tersedia lalu diberikan kepada Jimin.
“makanlah, lunch nanti kita pergi makan..”

Komento sa Aklat (8)

  • avatar
    WORLDCRAFT

    ....

    02/12/2023

      0
  • avatar
    Louis Ann Bautista

    500

    18/07/2023

      0
  • avatar
    anacagennebel

    ...nice

    11/07/2023

      0
  • Tingnan Lahat

Mga Kaugnay na Kabanata

Mga Pinakabagong Kabanata