logo text

29:Kotak misteri lagi

“sepertinya ini suasana yang menarik untuk tenangkan fikiran, pandai kau beli rumah” Puji Jimin menikmati keindahan kolam renang di villa milik Yeona.
Jimin duduk di atas sofa. Cuaca tidak lah terlalu panas untuk dia mengambil angin walaupun sudah jam dua tengah hari.
Apa yang dirasakan. Dia seronok kerana sudah bebas dari rumah sempit itu. Dapatlah dia keluar merayau menghilangkan bosan dia.
Ya, dia sudah keluar dari hospital disebabkan Yeona. Gadis itu mebawanya bersama. Jimin hanya berkata tidak sangka Yeona lakukannya.
“Jimin, baju awak banyak itu je ke awak bawa ke hospital?” Soal Yeona.
“aku miskin, semua baju aku dah jual.. empat helai itu sahajalah yang aku bawa..”kata Jimin selamba.
“bagaimana awak.. nasiblah di hospital sediakan baju, petang nanti kita keluar beli apa yang patut”Pesan Yeona. Jadualnya tidak terlalu sibuk.
Dia juga perlu membeli beberapa barang untuk barang dapur dan keperluannya.
“ aku malas mahu keluar” Jimin menyilang tangan ke dada.
“Mana boleh macamtu, pakian awak awak kena pergi lah, takkan saya nak pilih..”
“siapa kata tak boleh? Ada je kekasih yang belikan untuk pasangan mereka.. kau pun perlu beli untuk aku”
Yeona menghela nafas. Kertas diambil bersama pen. Mahu tak mahu dia perlu senaraikan apa yang perlu dibeli. Punggung dihenyak sebelah Jimin.
“baju awak saiz apa?”
“M atau s.. badan aku kecil sahaja cuma sedikit sado, tapi kalau kau mahu belikan hoodie aku mau saiz xl..”
Yeona mencatatnya. Kemudian dihulu kepada seluar, keperluan mandi dan beberapa barang yang diperlukan Jimin.
“ouh dokter.. aku terlupa sesuatu”Jimin mengambil pen ditangan Yeona menuliskan sesuatu di senari barang yang perlu dibeli.
34. Boxer
Yeona terdiam, takkan lah dia seorang wanita mahu pergi beli pakaian dalam Jimin? Itu tidak mungkin berlaku. Sangatlah malu..
“pastikan sama saiz lah..”
Yeona menatap wajah Jimin. Lelaki itu seolah tidak rasa bersalah sama sekali.
“awak ikutlah, saya tak pandai..” ajak Yeona.
“aku malas kan..”
“Jimin..”
“kenapa? Kau malu nak pilih boxer untuk aku? Kalau orang tanya cakap sahajalah itu boxer suami kau”
*
*
Yeona meletakkan plastik barang di atas meja bar. Jimin sudah melentangkan badannya di atas sofa. Penat keluar seharian. Lagi penat bila terpaksa menjadi lelaki acah hero.
Mata mengintai Yeona yang sibuk mengasingkan barang itu. Banyak pula barang dibeli Yeona seolah tak pernah ada barang dapur sebelum ini.
Jimin pergi kearah Yeona. Duduk di atas kerusi bar berhadapan Yeona.tangan membantu memunggah plastik barang.
“bagaimana kau tahu semua size aku?”
Yeona meneguk liur mendengar soalan Jimin.
**
“tahu nampak saiz aku.. bagusla, saiz aku dengan Zeyn lebih kurang sahaja. Terima kasih dan kau sangat nakal”Jimin bersuara garau
**
“kan awak bagitahu tadi..”
“kau tak pernah tinggal dekat sini ke sebelum ni?”Tanya Jimin.
Yeona menggeleng.
“saya baru beli, wajarlah beli barang banyak macamni..”Kata Yeona sambil tangan sibuk menyusun barang.
“Kau baru beli rumah ni? Jadi selama ni kau tinggal di mana?”Terkejut Jimin.
“saya tinggal dengan keluarga saya.. takkanlah saya nak bawa awak orang gila tinggal di rumah keluarga saya pula?”
“ouhh kau beli rumah ini demi aku jugala?”
Yeona tidak menjawab. Malah fokus kepada aktifasnya membuatkan Jimin geram. Plastik barang dirampas. Mata mereka saling bertatapan.
“Jimin..”
“jawablah, kau ingat aku ni patung ke?”
“saya nak buat kerja, apa kata awak pergi buka telivisyen atau buat sesuatu yang awak mahukan.. jangan ganggu saya”Kata Yeona nada sedikit marah.
Jimin melepaskan plastik itu semula dan berlalu pergi meninggalkan Yeona menghabiskan aktivitinya.
“kenapa banyak sangat barang yang a--” Yeona mengambil satu barang yang agak familiar baginya. Botol kaca yang berisikan.
Madu asli…
“takkanlah..”
“Jimin! ” Yeona berlari sekuatnya mencari keberadaan Jimin. Wanita itu menjumpai Jimin di biliknya. Melihat lelaki itu yang sibuk berbaring di atas katilnya. Yeona berdehem.
“apa awak buat dekat bilik saya?”Tanya Yeona.
Jimin yang sibuk berbaring memandang Yeona.
“kau cakap aku boleh buat apa yang aku nak buat. Jadi aku saja mahu berbaring di atas katil kau..”balas Jimin.
“sudahla, turunlah dan pergi mandi”
“sebentar lah, ada apa kau cari aku?”
“ ini siapa punya?”Yeona mengangkat botol kaca itu menunjukkan kepada Jimin.
“ouhh lupa pula, aku suka sapukan madu pada bibir aku agar dia kelihatan warna merah jambu natural.. maaf”ujar Jimin.
Yeona tidak tahu mahu membalas apa. Pintu biliknya ditutup semula. Nampaknya bukan seperti yang dia sangka.
“sedarlah Yeona ianya hanya mimpi..”Pipi ditampar beberapa kali.
“mimpi?”
Tersentak Yeona apabila Jimin muncul dihadapannya.
“ha?”
“mimpi apa, kau mimpi apa-apa ke?”
“t-tak.. tak ada apa-apa.. err pergi mandi dan makan ubat”
*
*
“lewat datang harini”sapa Jinna kepada Yeona.
Yeona berjalan malas memasuki ruangannya tanpa membalas sapaan Jinna. Kerusi ditarik lalu diduduki olehnya. Penat dan mengantuk.
“kau kenapa ni?” soal Jinna risau dengan keadaan sahabatnya itu.nampak lesu sahaja dipagi hari.
“tak ada apa.. mengantuk”
“tak tidur ke semalam? Kau buat apa sampai tak tidur? Jimin buat hal?”
Yeona menongkat dagunya memikirkan hal semalam. Hampir satu rumah dia mengejar Jimin untuk menyuruhnya memakan ubat.
Dan dia tidak dapat tidur dengan lena kerana fikirannya yang melayang entah kemana.
“aku masih fikirkan tentang mimpi aku..”
Jinna mengeluh perlahan. Kerusi dihadapan ditarik lalu dilabuhkan punggungnya.
“Yeona, berapa kali aku cakap semua itu hanyalah mimpi.. ianya hanya mainan tidur, silap-silap manusia dalam mimpi tu pun tak pernah muncul..”ujar Jinna.
“aku tahu tapi susah aku nak lupakan semua itu.. aku rasa macam betul betul nyata..”
“dahla… baik kau fokus yang diri kau bukan dalam mimpi tu lagi, aku dah lewat ni. Aku pergi sambung kerja dulu”
Yeona mengangguk kepalanya. Pen dan beberapan alatan diambil. Masa untuknya bekerja. Iphonenya diperiksa semula. Satu app dibuka.
Terlihat Jimin yang masih lagi dibuai mimpi pada layar handphonenya.
“tidur lagi..”
Yeona tidak terlalu risau untuk meninggalkan Jimin. Makanan untuk lelaki itu juga tersedia. Dan kamera dipasang melalui cctv sentiasa hidup di iphonenya.
Pakk!!
Kotak yang disepak dipandang. Kotak ini masih belum dibuka. Rasanya sudah hampir satu minggu Yeona tidak mendapat barang pelik.
Rasa was-was mahu membuka. Yeona menyepak perlahan kotak itu sehingga terjatuh. Tiada apa-apa yang berlaku kecuali anak patung yang agak seram baginya.
Apa yang sudah berlaku?

Komento sa Aklat (8)

  • avatar
    WORLDCRAFT

    ....

    02/12/2023

      0
  • avatar
    Louis Ann Bautista

    500

    18/07/2023

      0
  • avatar
    anacagennebel

    ...nice

    11/07/2023

      0
  • Tingnan Lahat

Mga Kaugnay na Kabanata

Mga Pinakabagong Kabanata