logo text

22:Rindu

“Minumlah.. kenapa asyik termenung sahaja?” Mi cha menghidang secawan air panas kepada Haddy yang sedari tadi termenung.
Ibu dan ayahnya ke luar negara. Jadi itulah tugasan Haddy untuk menjaga anak saudaranya.
“Aku pun tak tahu..” Haddy menghela nafas. Rasa berat dihati seolah dia melakukan kesalahan.
“kenapa ni? Pakcik rindu kawan pakcik tu ke? Jimin raksasa tu”
Haddy mula menangis teresak. Micha menggelengkan kepalanya. Kalah perempuan kehilangan sahabat.
“Pakcik dengan dia sudah berkahwan lama.. Tapi pakcik tak sangka dia buat macamtu.. lagi tak sangka bila dia ada hubungan dengan pelajar yang suka buli kamu itu. Dua-dua kaki penipu!”
“sabarlah.. pakcik tak perlu lah fikir sangat..” tangan menggosok perlahan bahu Haddy.
“kamu tak tahu.. dia baik, tapi tak sangka dia raksasa..”
Mi cha menggelengkan kepalanya. Membiarkan Haddy menangis dengan wajah yang sudah dipenuhi air mata dan hingus itu.
“Pakcik tak sangka dia bukan manusia… hiks..”
"Patutla sebelum ni dia lebih memilih nak bekerja di bahagian taman"sambung Haddy
“dah la pakcik, lupakan sahaja. Anggap sahaja pakcik tidak pernah berjumpa dengan dia..”
“tak boleh..” jawab Haddy laju.
“kenapa pula? Pakcik tak takut dia ke? Di bukan manusia..”
“sebab..”
“sebab?”
“sebab..”
“ye sebab apa?”
“sebab.. jap aku nak buang air” Haddy bangun berdiri menuju ke dapur. Mi cha mengusap dadanya menahan sabar dengan perangai bapa saudaranya.
Kita serius dia pula yang main-main.
“ARGHH!!!”
“pakcik?” Mi cha berlari anak apabila mendenggar jeritan Haddy dari dapur. Mata meliar mencari lelaki itu namun tiada.
“pakcik?! Pakcik dimana?!”cemas Mi Cha.
“aku di berlakang kau lah…”
“Pak--” baru sahaja mahu berpaling.
BUkk!!
Tubuh Mi cha jatuh di atas lantai.Kayu yang dipegang dilemparkan oleh Haddy. Haddy menayangkan senyuman.
“sebab aku dan dia sahabat baik dari kecil dan sebabnya kau manusia jahat!” Kayu yang menjadi alatan pukulannya dimasukkan ke dalam plastik.
Tubuh Micha didukung perlahan menuju ke ruang tamu.
“kau bunuh dia?”
“haah, aku malas la nak kena jaga dia.. menyusahkan..”
“kau nak bawa dia kemana?”
“hospital, supaya orang tak dapat kesan kejadian..”kata Haddy dabalas anggukkan oleh Bae Jimin.
“aku akan bantu..”
*
*
Kepala yang pening disentuh. Kelopak mata dibuka perlahan-lahan. Yeona memandang wanita tua yang tidak asing berada di sebelahnya.
“nenek?”
“kamu sudah sedar sayang? Kepala kamu masih sakit hmm?”
Yeona bangun dibantukan oleh wanita tua itu. Suasana bilik ditatap. Pernuh dengan barang yang berkonsep seperti kerajaan.
Dia dimana?
Kenapa dia boleh ada di sini? Apa yang terjadi? Dimana Zafran? Kenapa kepala dia sakit dan pening?
“kenapa saya boleh ada dekat sini? Mana kawan saya?”tanya Yeona kepada wanita tua yang dijumpainya haritu.
“kawan kamu ada di bilik sebelah, rehat lah dulu nenek bawakan sup ayam, makanlah masih panas lagi..” dulang berisikan makanan itu disua kearah Yeona.
“saya nak kena balik nanti keluarga saya risau..”Kata Yeona menolak perlahan dulang itu.
“diluar sangat bahaya.. tunggulah cucu nenek hantar kamu nanti”
Yeona mengerutkan dahinya. Kenapa pula cucu dia perlu hantar Yeona sedangkan Yeona datang bersma Zafran.
“kenapa cucu nenek pula? Tak apa saya boleh balik sendiri.. saya nak tengok kawan saya..”Yeona menyelak selimut yang menutupi tubuh badannya.
“Yeona.. kamu tahu kan diluar bahaya”
“bahaya kenapa?”
“jangan macamni kamu masih tak sihat..”Wanita tua itu cuba menghalang Yeona dari bangun.
“tak boleh nek, saya kena balik saya ada keluarga de--”
“Yeona!”
Pintu bilik dimasuki oleh Zafran tergesa-gesa. Yeona memandang Zafran yang berpakain lain dari awalnya.
“Zafran..”
“Yeona kau sudah sedar?”
Yeona mengangguk kepalanya. Mengapa Zafran berpakaian seperti anak raja. Itu menjadi persoalnya.
“kenapa kita boleh ada di sini? Aku nak balik.. nanti mama papa cari aku”
“kau tak sihat lagi, jangan risau aku dah bagitahu keluarga kau tentang hal ini.. rehat lah dulu sampai kau sembuh”Ujar Zafran.
“aku sakit apa? Kenapa aku perlu--”
“kau demam.. rehat dulu okay? Aku teman kau malam ni.. kalau dah sihat esok kita balik..”
Disebalik cermin kecil. Lelaki itu mengintip wanita yang menikmati makan malam. Jimin menghembus nafas lega. Untuk kali kedunya… dia dapat melihat Yeona semula.
"Kau buat apa didepan bilik Yeona?" Tegur Zeyn dibelakangnya.
"aku rindukan dia..."
"kau tak mahu jumpa dia lagi?"
Jimin menggelengkan kepalanya.Jika diikutkan hatinya,mahu saja dia memeluk gadis itu.Tapi dia takut dan masih rasa bersalah.
"Aku rasa esok,baik juga kalau kau mahu berjumpa dengan dia.."kata Zeyn
Jimin menganggukkan kepalanya.Mata tak berhenti beralih memandang cermin bilik yang menampakkan Yeona disuapi sup oleh neneknya.
"kau rasa dia akan maafkan aku?"

Komento sa Aklat (8)

  • avatar
    WORLDCRAFT

    ....

    02/12/2023

      0
  • avatar
    Louis Ann Bautista

    500

    18/07/2023

      0
  • avatar
    anacagennebel

    ...nice

    11/07/2023

      0
  • Tingnan Lahat

Mga Kaugnay na Kabanata

Mga Pinakabagong Kabanata