logo text

19:Kenangan

"manalah Jimin ni..” Haddy menyandarkan penyapu di dinding.
Mata memandang ke kiri dan ke kanan sebelum Haddy menyandarkan tubuhnya pada dinding dan mengelungsur jatuh ke lantai.
“kemana kau pergi Jimin? Dah berapa hari kau tak masuk kerja.. aku tak kesah kalau tak ada kawan tapi hiks.. masalahnya kerja semua aku nak buat HUWARGHH!!”
Haddy menangis sejadi-jadinya. Merindui sahabat sejatinya mungkin.
“Sreettt!” Hingus disedut sekuat mungkin. Wajah yang basah disapu bersama hujung bajunya yang diselak naik.
“tua-tua pun masih hot!”
Haddy melepaskan baju yang ditariknya. Memandang kearah suara yang menegurnya.
“eh, sekarang waktu rehat apa kamu berdua lakukan disini?” Haddy berdiri mendapatkan anak saudaranya dan juga sahabat gadis itu.
“kenapa pakcik Haddy menangis?”tanya Hana.
Haddy kembali menangis teresak sehingga membuatkan dua gadis itu kebingungan.
“K-kawan p-pakcik Sreett! Dia-- hiks,, dia menghilang entah kemana”tangis Haddy.
Mi cha memandang Hana. Dia bingung dengan apa yang cuba disampaikan Haddy bapa saudaranya.
“siapa kawan pakcik Haddy? Tak pernah nampak pun..”
“Hiks.. dia handsome.. tapi aku kacak lagilah-- hiks.. lepastu rendah dari pakcik tapi sebenarnya sama tinggi hiks.. kulit dia putih,dia mempunyai mata bewarna koko kekuningan macam tu..”
“ha?”
“Jimin… kawan pakcik Jim--”
“kau nak tahu tak, Jimin cleanner sekolah kita sebenarnya bukan manusia.. tapi raksasa..raksasa lebah. Dan dialah yang nak bunuh Cikgu Adrian..”
Haddy, Hana dan Mi Cha memandang tiga gadis yang berjalan melewati mereka.
“betul tu, kakak aku pergi kem itu.. dia nampak juga tapi tak jelas sebab dia duduk jauh, dan yang paling panas Yeona senior kita dituduh membunuh sebab cikgu tak percaya..” Kata gadis berambut pendek itu.
“Memang susah lah cikgu nak percaya sebab cikgu tak nampak.. tapi kan ada orang cakap senior Yeona bercinta dengan raksasa lebah tu..”
Dua gadis itu terkejut mendengar cerita rakan sahabatnya.
“Patutlah raksasa tu serang cikgu Adrian.. tapi pelik kan, pandai betul dia rahsiakan tentang diri dia dan berpura-pura menjadi cleanner”
*
*
“dah siap?”
Yeona menganggukkan kepalanya sambil menarik beberapa bagasi keluar dari biliknya.
“sejak bila kau suka bertanam? Aku tak pernah tahu pun tentang ni”Aryan memandang pasu bunga yang sudah pecah berterabur.
“abaikan.. nanti cari lah siapa-siapa.. aku nak jual kondo ni”kata Yeona mendekati Aryan.
“pelik.. rumah ini baik je kenapa kau nak pindah?”Tanya Aryan.
“kenapa? Kau taknak aku pindah dekat rumah mama dan papa la? Macamtu?”Yeona memandang sang adik dengan pandangan tajam.
“aku tak cakap pun macamtu” Tubuh dipeluk.
“aku tak suka.. aku stress.. banyak kenangan aku dekat sini tapi aku tak mampu nak ingat semua tu”Yeona menghela nafas perlahan.
“jom lah balik, ada apa-apa lagi nak ambil?”
Aryan mengambil ahli memegang bagasi kakaknya. Yeona memandang dapur. Kaki melangkah menuju ke dapur dan membuka peti sejuk.
“aku rasa aku nak kemas peti sejuk.. kau tunggu di bawah dulu la..”
Aryan mengangguk lalu menarik bagasi milik Yeona keluar dari kondo. Yeona mula mengemas dapur apa yang patut.
Langkah diatur ke singki. Pinggan mangkuk yang terdapat di dalam singki dipandang. Seingat dia sebelum kejadian dia tidak memasak di rumah.
“Ji-jimin?Ze-zeyn?”
Yeona menggelengkan kepalanya beberapa kali. Menghilangkan sesuatu yang difikirnya. Pinggan mangkuk dicuci lalu disimpan di dalam kotak.
Rak kabinet diperiksa satu persatu. Matanya terhenti kepada satu bekas kaca yang diisi satu cairan.
**
“tak sedap.. tak manis..:” Jimin menolak mangkuk tersebut.
“ha? Aku makan okay je?” Yeona melirik mangkuk Jimin yang masih tersisa makanan.
“err Jimin memang suka makan makanan yang manis, err ada gula? Ataupun.. err madu?”Zeyn bertanya.
“Jimin makan manis? Tak kencing manis ke?”Yeona mengerutkan dahinya.
Zeyn memandang Jimin. Susah pula mahu menelan liurnya mendengar soalan Yeona. Rahsia besar perlu disimpan dengan baiknya.
“tak apa.. aku cuma bergurau. Marilah makan” Kata Jimin sambil mengambil sesudu sup dan dimasukkan kedalam mulut. Mata dipejam menikmati masakkan Yeona.
“sudahla.. itu urusan aku. Tolong jangan masuk campur.. lebih baik tolong aku kemas barang yang aku beli. Ouh aku ada belikan madu untuk kau.Zeyn kata kau gemar makan madu, patutlah kulit cantik..” Kata Yeona.
Jimin merenung plastik yang penuh barangan dapur. Didekatinya lalu dipunggah mencari madu yang dikata Yeona. Tersenyum manis Jimin melihatnya.
Penutup botol itu dibuka, Jimin melanggahnya tanpa memperdulikan keadaan sekeliling. Ya, lapar dan sangat merindui makanannya.
“Blekkk!”
Botol kaca berisikan madu terjatuh pecah diatas lantai dek kerana Jimin. Lelaki itu membuat wajah tidak puas hati.
“Jimin! Apa kau buat?” Terkejut Yeona melihatnya.
“madu ini lain! Bahan apa yang ada ha? Ini madu palsu bukan asli yang aku makan…Erghh tak sedap!” Lebihan amadu di bibir dikesat.
“memanglah, madu ni madu asli cuma mereka tambah mengawetan dan perasa lain.. mana aku nak cari madu asli?”Bengang Yeona.
“Ji-jimin..”
“hmm?”
“Kenapa ada kuning-kuning di leher kau?” Yeona bersuara. Sedari tadi dia perasan akan warna yang terlekat pada leher Jimin.
Mata dipejam erat. Bekas kaca berisikan madu diambil. Yeona membuangnya kedalam plastik sampah.

Komento sa Aklat (8)

  • avatar
    WORLDCRAFT

    ....

    02/12/2023

      0
  • avatar
    Louis Ann Bautista

    500

    18/07/2023

      0
  • avatar
    anacagennebel

    ...nice

    11/07/2023

      0
  • Tingnan Lahat

Mga Kaugnay na Kabanata

Mga Pinakabagong Kabanata