logo text

18:Kawan

“Ingat, jangan lawan dan buat tak tahu sahaja” Kata Aryan kepada Yeona.
Gadis itu memandang bangunan sekolah. Entah kenapa harinya terasa buruk harini. Langkah diatur ke dalam kelas.
Pandangan orang sekeliling dibalas dengan wajah tawar. Bisikkan pelajar juga cuba tidak didengari.
“Dia bunuh Cikgu Adrian..”
“Pembunuh tapi datang sekolah..”
“Nasib lah keluarga kaya.. sebabtu boleh datang sekolah kalau tak mungkin masuk penjara”
‘Its okay Yeona… tenang’
Yeona memasuki kelasnya. Semua orang di dalam kelas yang awalnya bising kini diam dengan kehadirannya. Yeona berjalan menuju ke tempatnya. Beg diletakkan.
Perasan akan sesuatu, Yeona memandang dua orang sahabatnya yang leka melakukan pekerjaan tanpa menghiraukan kehadirannya.
“Jinna.. Seola..”Panggil Yeona.
Namun tiada sebarang jawapan. Tubuh badan Yeona ketar menahan perasaan sedih, Dia mahu menangis!
Hilang sahabat! Dihina terlalu teruk di sekolah! Hanya sebab… Bae Jimin--
Yeona menarik mendudukan dirinya. Mata fokus kearah papan putih dihadapannya. Bukankah Jinna dan Seola tahu puncanya?
‘Jangan bazirkan air mata kau untuk aku.. akurasa aku sudah tidak mampu bayar mutiara jernih yang sangat mahal itu.. maafkan aku”
‘Memang kau tidak dapat bayar,tapi disebabkan kau lah air mata aku jatuh Bae Jimin’
Air mata dikesat laju sebaik sahaja guru kelas masuk. Semua pelajar mula beridir. Puan Lee terkajut melihat kehadiran Yeona.
“err.. erkhem! Selamat pagi semua..”
“selamat pagi Cikgu!!”
“ermm duduk.. ki-kita mulakan pelajaran kita harini”Puan Lee menunduk saat perasan tatapan mereka bertembung.
Satu kelas memulakan pelajaran tanpa suara.Ada yang mencuri melirik Yeona.Suasana menjadi ketakutan.
*
*
“Jinna Seola!” Yeona mengejar dua orang sahabatnya itu.
Langkah dihentikan apabila mendengar nama mereka dipanggil. Dua gadis itu berpaling kearah berlakang.
“Jinna.. Seola, korang nak pergi makan ke?”
Tiada jawapan dari dua orang gadis itu.Mereka malah cuba berjalan menjauhi Yeona.
Yeona memandang kedua sahabatnya dengan tatapan bingung. Kenapa mereka seperti takut. Itu difikirnya.
“Jinna--”Yeona cuba mencapai tangan Jinna namun lebih laju dihalang oleh Seola.
“korang… korang nak tuduh aku juga? Korang tak percaya aku?”Tanya Yeona bersama mata yang berair.
“Bukan kami nak tuduh,, tapi k-kau..k-kau bercinta dengan..”Jinna menarik tangan Seola pergi menjauhi Yeona.
”Korang tunggu” Tubuh kedua sahabatnya cuba ditahan. Tangan didepankan agar menghalang laluan mereka. Yeona dapat melihat tubuh Jinna dan Seola bergetar hebat.
“aku juga tak tahu semua itu.. dan aku-- aku dah halau diorang.. percayalah..”Kata Yeona bersama air matanya.
Jinna memandang Seola. Mereka masih ragu. Apa yang mereka nampak membuatkan mereka trauma dan ketakutan. Mereka sudah takut untuk keluar.
“raksasa’ yang mereka lihat terbayang difikiran.
“Korang aku--”
Jinna menarik laju Seola. Berlari melanggar tubuh Yeona sehingga terduduk jatuh di atas lantai. Yeona menangis. Dia sudah hilang sahabatnya.
“Kenapa awak buat saya macamni Jimin..”
“nak..”
Yeona mengangkat wajah. Memandang wanita berumur yang menghulurkan tangan untuk membantunya.
Yeona menyambutnya dan berdiri perlahan. Air mata dihapus perlahan. Mata kini fokus kepada wanita berumur yang mengenakan pakaian cleanner.
“kamu ada masalah?”tanya wanita tua itu.
Yeona hanya menggelengkan kepalanya.
Wanita tua itu tersenyum lalu mengusap perlahan kepala Yeona.
“benar kata cucu saya, kamu wanita yang kuat.. diam menempuh sesuatu yang berat”
Yeona mengerutkan dahinya mendnegar ucapan wanita tua itu.
“cucu?”
“ya cucu nenek sekolah di sini juga tapi sudah berpindah, kenapa kamu terjatuh?”
“saya tersadung..”Bohong Yeona.
“nenek tahu kamu ada masalah, tapi ingat.. jangan kamu rasa diri kamu rendah Yeona.. lakukan sesuatu yang dapat berikan suasana baru..”Kata wanita tua itu.
“baiklah.. terima kasih”Yeona memberikan senyuman.
“Kamu bergaduh dengan teman lelaki kamu?”
“eh tak, saya tak ada teman lelaki” Yeona melambaikan tangannya. Teman lelaki? Bekas teman lelaki ada.. di hospital.
“habistu tadi nenek dengar kamu sebut Jimin.. siapa Jimin?”
Senyuman manis kini terhapus di bibirnya. Detak jantung mula laju.
“D-dia.”
“tak apa nenek faham.. tapi apa yang nenek pesan, jika lelaki itu melakukan perkara baik contohnya cuba untuk menyelamatkan kamu dan melindungi kamu atau lebih lagi dia tak mahu kamu tersakiti.. percayalah dia benar-benar sayangkan kamu”
Yeona berdiri semula.Tersedar dari lamunan? Kelilingnya ditatap. Dimana wanita tua yang berbual dengannya tadi? Bukankah--
"Yeona?"
Yeona berpaling kebelakang melihat Aryan yang mendekatinya.
"kenapa? kenapa kau disini? kenapa tak rehat bersama kawan kau? tadi aku nampak mereka..tapi.. tunggu-"
Aryan binging melihat wajah kakaknya yang sedih itu.Tapi apa masalahnya? Dia dan kawannya bergaduh?
"ada apa-apa berlaku?"soal Aryan lembut dibalas gelengan.
"habistu kenapa kau tak ikut mereka?"
"aku tak tahu.."
Aryan menghela nafas.Terus tangan Yeona ditarik ke bangku sekolah membiarkan gadis itu duduk.Aryan berlari ke kantin sebentar.Tak mengambil masa yang lama dia kembali dengan beberapa makanan dan juga air.
"makanlah.. aku temankan"
Yeona menatap Aryan.
"kau tak makan?"
"Aku masih kenyang"

Komento sa Aklat (8)

  • avatar
    WORLDCRAFT

    ....

    02/12/2023

      0
  • avatar
    Louis Ann Bautista

    500

    18/07/2023

      0
  • avatar
    anacagennebel

    ...nice

    11/07/2023

      0
  • Tingnan Lahat

Mga Kaugnay na Kabanata

Mga Pinakabagong Kabanata