“Yeona tunggu--” Pintu kondo ditutup rapat. Yeona melangkah laju menuju ke bilik Jimin dan Zeyn. Pintu dibuka sehingga mengejutkan Zeyn yang sedang tidur. “Yeona aku--” “Diam!! Jangan dekat dengan aku!” Pasu bunga dihalakan kearah Jimin. Baju-baju Jimin dan Zeyn dicampak buang dari almari. “Kenapa ni Yeona?” Zeyn bertanya. Tidak tahu apa yang berlaku. “Korang berambus! Hidup dekat tempat asal korang!” Bentak Yeona. Zeyn memandang Jimin yang sudah bengang itu. Apa yang dilakukannya sehingga Yeona menghalau mereka. “Jimin jangan cakap--” “memang kami bukan manusia.. tapi aku hanya mahu lindungi diri kau Yeona” Jimin memotong ayat Zeyn. “Tolong jangan apa-apa kan aku.. tolong pergi” Yeona terduduk. “Yeona percayalah aku tak akan apa-apa kan kau” Jimin cuba mendekati Yeona namun gadis itu menjerit lalu mencapak beberapa barang kearahnya. “Tolong pergi!!!! Kau penipu!!” “Yeona..” “Kau datang ke sini untuk apa Jimin hiks? Aku tahu aku jahat.. tapi kalau niat kau datang sini untuk bunuh aku silakan.. tak perlu kau tipu aku semua ini”Tangis Yeona. Gadis itu jatuh terduduk. Rasa dikecewa berkali-kali. Masalah Adrian, Masalah keluarga dan sekarang? Wanita sangat kuat, tapi isi hatinya lembut dan fikirannya melayang kepada tiga masalah. Penat bukan? Rasa ditikam berkali-kali. “aku datang kesini hanya kerana kau Yeona..”kata Jimin yang mulai sebak. “Pergi!!!!” Zeyn memegang bahu Jimin. Mata lelaki itu masih kemerah merahan. “Tolong pergi Jimin.. sini bukan hidupan kau.. pergi, jangan ganggu aku lagi..” Semuanya sudah terbongkar begitu sahaja. Patutlah banyak mangsa yang cuba menyakitinya akan disengat lebah rupanya.. “Yeona itu semua hanya dongeng.. kami manusia” Zeyn mula mencampur walau dirinya sendiri tidak tahu apa yang berlaku. “Tolong.. saya minta maaf… tolong pergi dan jangan ganggu saya.. pergilah pulang ke tempat korang”Kata Yeona bersama tangisan. Zeyn menatap Jimin sekali lagi.Meminta penjelasan. “dia nampak dengan mata dia sendiri..”Kata Jimin. Tangisan Yeona bergema di bilik Zeyn dan Jimin. “maafkan aku.. tapi satu sahaja yang aku nak kau tahu.. niat aku bukan buruk kepada kau.. aku datang sini nak ucap terima kasih kerana pernah selamatkan aku dan keluarga aku.. kau manusia yang sangat baik..” “Terlalu baik, tapi orang hanya nampak luaran kau penuh dengan hitam Yeona.. tapi diorang tak tahu.. hati kau terlalu bersih..” “Seronok jadi manusia.. disebabkan kau juga aku dapat keluar dari istana tanpa keizinan bonda.. tapi bonda izinkan selepas aku bagitahu tentang si gadis baik iaitu Yeona Kim..” “Jangan bazirkan air mata kau untuk aku.. aku rasa aku sudah tidak mampu bayar mutiara jernih yang sangat mahal itu.. maafkan aku” Jimin menunduk. “satu perkara lagi.. Aku cintakan Yeona kim” Jimin dan Zey bertukar secara tiba-tiba. Tubuh kecil itu bertebangan di atas udara. Mereka berdua keluar melalui tingkap. Yeona memeluk lutut. Menangis sepuas-puasnya. * * Rambut yang basah dibiarkan begitu sahaja. Yeona melabuhkan punggungnya di atas katil. Iphone nya diambil. Tiada perkara yang menarik perhatiannya. Mata memandang langit yang sudah pagi itu. Yeona melepaskan keluhannya. “Kenapa nasib aku macamni? Ni balasan atas perbuatan aku kepada orang yang aku buli sebelum ini?” Yeona mengomel sendiri. “dan manusia..” Mata dipejamkan. Dirinya masih takut dengan perkara yang berlaku beberapa hari lepas.Adrian dibunuh oleh Jimin. Manusia yang membunuhnya? Kepala digelengkan beberapa kali. Langkah diatur keluar dari bilik. Badan masih terasa sakit kerana sepanjang enam hari dia bernangis di atas katil. Langkah terhenti apabila perasan sesuatu di ruang tamunya. Mata menatap sekeliling. “bunga dapat hilangkan stress juga.. jadi sebab itu aku nak tambah pokok bunga biar kau balik terus senyum” “hmm! Kalau kau tak jaga siap kau!” Pokok bunga yang dihias di ruang tamunya.Semuanya sudah layu mungkin kerana tidak mendapat keperluannya. Yeona tidak pernah mengurus pokok bunga itu. Hanya Jimin.. lelaki itu menguruskannya. “Tolong…” Yeona melemparkan dan memecahkan pasu-pasu bunga yang terhias dihalamannya. Trauma, itu yang dirasakannya.Sampaikan serangga sahaja dia takut. “Tolong.. jangan ganggu aku hiks..” * * “Jimin..” Katil anaknya diduki.Permaisuri Masya memegang bahu anaknya yang sedang berbaring mengiring membelakangi dirinya. Sedih hati si ibu melihat anaknya begitu. “dia perlukan masa Jimin.. kita bukan manusia.. pasti dia takut dengan kehadiran kamu”Kata Permaisuri Masya dengan nada memujuk. “Memang dia wanita kuat, suka membuli sana sini tapi dia juga seorang wanita..” Jimin mendudukan dirinya. Menatap sang ibu. Mata yang bengkak bersama wajah yang merah membuatkan Permaisuri Masya makin risau dengan anaknya. “Dia tak nampak ke Jimin cuba menyelamatkan dia dari lelaki itu?” Soal Jimin tiba-tiba. “anakanda.. dia akan tahu suatu hari nanti, bagi dia masa..” Kedua belah pipi Jimin dipegang. “kamu mencintainya hmm?” Jimin diam. Apa-apa pun perasaanya tidak dapat menipu. Dia sangat mencintai Yeona. “Dia sama seperti ayahmu.. baik tapi nampak jahat diluar..” Kalau kamu mahukan dia memang kamu perlu berusaha tapi ingat Jimin.. dia punya perasaan yang dapat hancurkan hati dia..”Kata Permaisuri Masya. Klerk! “Dan bila dah hancur.. susah nak dijahit atau dicantumkan semula..” Zeyn memasuki bilik Jimin bersama dulang berisikan madu yang masih segar. “Pandai Zeyn..” Zeyn tersenyum manis dengan pujian Permaisuri Masya. “Bonda keluar sebentar, kamu jangan lupa makan.. Zeyn, pastikan Jimin makan ya. Lepastu suruh dia mandi..”arah Permasuri Masya kepada Zeyn. “baik bonda.. kalau dia taknak mandi saya mandikan pun boleh” Zeyn tersenyum nakal kepada Jimin yang menjelingnya. Permaisuri Masya menggelengkan kepalanya. Macam-macam kerenah mereka dua. Langkah diatur keluar dari bilik anaknya. “kau macam mana dah okay?” Zeyn meletakkan dulang di meja berdekatan. Tiada jawapan dari Jimin. Lelaki itu hanya sibuk termenung. “apa yang kau dah buat sampai tunjukkan diri kau?”Tanya Zeyn. “aku selamatkan dia dari lelaki itu..” jawab Jimin acuh tak acuh. “apa yang lelaki itu buat?” Jimin menggelengkan kepalanya. Terasa berat bibir mahu bercakap. Mangkuk yang berisikan madu di atas dulang itu diambil
I-download Novelah App
Maaari kang magbasa ng higit pang mga kabanata. Makakahanap ka ng iba pang magagandang kwento sa Novelah.
....
02/12/2023
0500
18/07/2023
0...nice
11/07/2023
0Tingnan Lahat