logo text

15:Rahsia terbongkar

“Tak teruk sangat ke kau buat dia macam tu?” Secawan kopi panas dihidangkan untuk Jimin.
Jimin mengeluh. Penat beberapa hari tidak tidur akibat mengawal gerak geri Yeona di perkhemahan. Jimin pulang sekejap hanya untuk rehat dan bersihkan diri.
“Siapa suruh dia rebut hak aku?”
“Kau tak perlu bagi dia seksa… kalau kau marah teruk sekali pun bunuh je dia, senang cerita” Zeyn menghempas badan di atas sofa bersebelahan Jimin.
“tak.. aku tak puas.. rasa tak puas”Jimin merenung perlahan secawan kopi panas di atas meja berhadapannya itu.
“Kena tak berterus terang sahaja kau suka Yeona, dan bawa dia pulang ke istana?”
“Tak senang.. dia tak tahu siapa kita sebenarnya. Aku takut kalau dia tahu.. dia akan bencikan aku..”Jimin memejamkan mata.
Bagaimana dia mahu berpisah dengan gadis yang dicintainya. Gadis yang pernah menyelamatkannya dahulu. Dan bagaimana dia mahu membiarkan gadisnya terseksa melayan perasaan sakit setiap hari?
“Aku malas nak masuk campur, tapi apa pun aku tetap sokong kau”Zeyn menepuk berlakang Jimin.
“Terima kasih, kalau tak ada kau.. pasti aku tak akan dapat jumpa dia..”
Zeyn tersenyum perlahan.
“Kau kawan aku, kita dah macam adik beradik.. susah payah kau susah payah aku Jimin”
Jimin mengukir senyuman. Air kopi panas yang dibancuh oleh Zeyn dihirup perlahan.
“Kau tak ada berkenan dekat mana-mana gadis ke?”
“ada cuma orang je tak pandang aku, tapi itulah.. aku nak perempuan setia macam apa tah nama pelakon korea tu”
Jimin menggaru kepala. Mula sudah si Zeyn merepek. Kopi dihirup sampai habis. Masa untuk bersihkan diri.
*
*
“Kau duduk sini sendiri okay, kitorang pergi ambil makanan sekejap..”Jinna dan Seola keluar dari khemah. Yeona mengangguk perlahan.
Khemah ditutup sedikit. Tubuhnya mula berbaring. Penat dengan aktiviti seharian. Tapi itu membuatkan dia ‘enjoy’ bersama sahabatnya.
“sejak bila awak suka membuli orang Yeona?”
‘Kenapa aku jadi macam ini? Kenapa aku suka membuli? Apa yang dah jadi dengan aku?’ Fikiran Yeona menyerabutkan dirinya.
ZUUPPP!
ZEEpp!
“Adrian! Apa awak buat?!”
Yeona menjerit kecil apabila khemahnya dimasuki oleh Adrian lalu di tutup dan di zip pintunya hingga rapat.
“Diam Yeona..”
Adrian mendekati Yeona namun tubuh gadis itu beranjak keberlakang.
“apa yang awak nak buat Adrian? Awak keluar sekarang!”Yeona membaling bantal kearah Adrian. Apakah daya, lelaki lebih kuat dari wanita.
“saya tak akan buat apa-apa tapi dah lama saya bersabar dengan sikap awak Yeona..” sesuatu dikeluarkan dari poket. Mata Yeona membulat melihat Adrian memegang pisau.
“Adria-”
“Marah sangat ke dekat aku? Sebab apa? Sebab aku diamkan diri lepas berpindah ke jepun? Aku tak call kau, tak jawab pesanan kau macamtu?” tanya Adrian .
Yeona diam. Dada naik turun naik turun. Tak tahu mahu kemana dan apa yang perlu dilakukannya.
“Kau tahu tak aku ke sana untuk belajar bukan bercinta? Kau ingat aku ada masa untuk buat semua itu? Sedangkan setiap malam aku selalu fikirkan diri kau Yeona!”
“Aku rasa gembira bila dapat tamatkan belajar, tak sabar nak balik jumpa kau tapi akhirnya kau dingin dengan aku? Mana janji kau?”
“awak tanya saya mana janji saya? Mana janji awak Adrian? Memang betul semua itu, aku rasa kosong disebabkan kau!” Bahasa betukar kasar.
Adrian semakin merah menahan geram mata tak berhenti merenung tajam Yeona.
“keluarlah Adrian.. lupakan semuanya”
“tapi aku cintakan kau Yeona…”Adrian bersuara lembut sebelum mendekati Yeona.
“awak sakit ke Adrian? Tolong jangan dekat dengan sa-- ARghh!!!”
Tangan Adrian menarik tubuh Yeona mendekat kearahnya. Pisau dimainkan dikulit wajah Yeona.
“kalau aku toreh muka kau, agak-agak sama tak seperti rasa sakit hati aku?” tanya Adrian.
“Adrian tolong…”
Zeepp!
“kau buat apa dekat perempuan aku?” Pintu khemah dibuka luas.
Yeona dan Adrian memandang seorang lelaki yang duduk di hadapan pintu khemah. Bae Jimin, lelaki itu tersenyum sinis sebelum tangan menarik Yeona keluar dan digulingkan khemah dengan kuat.
Adrian mencarit kain khemah. Cuba untuk keluar namun pegerakkannya terhenti apabila ada kaki memijak tubuhnya.
“Buat apa pisau tu? Nak bunuh perempuan aku?”
Yeona memandang sekeliling. Tiada sesiapa kerana mereka berada di kawasan dewan makan. Tubuhnya bergetar menahan ketakutan.
“Kau siapa hah?! lepaskan aku!!” Adrian cuba melepaskan dirinya namun makin lama makin kuat dipijak.
“Aku dah cakap, seiapa yang cuba sakiti perempuan aku.. akan dapat teruk dari yang dibuat” Sinis Jimin.
“Yeona!”
Dua orang gadis berlari mendapatkan sahabatnya. Makanan yang diambil dilempar begitu sahaja. Terkejut melihat keadaan.
“apa yang dah jadi?’ tanya Jinna memeluk tubuh Yeona.
Yeona menggelengkan kepalanya. Hanya mampu bercerita dengan air mata.
“tak cukup ke aku sengat kau ditangan dan dikaki?”Adrian diam sebaik mendengar ayat itu.
“Untunglah aku tak beri racun terlalu banyak sebab itu kau tidak boleh diam bukan?”
Yeona, Jinna dan Seola saling bertatapan. Apa yang dimaksudkan oleh Jimin. Racun?
“Susah ke nak terima kalau perempuan aku tak suka kau? Kau juga yang buat dia macamtu kan?” Jimin mendudukan dirinya. Menjambak rambut Adrian.
“aku memang tak suka dengan apa yang kau buat Adrian…” Jimin mengeluarkan lidahnya.
Semburan air keluar dari mulut Jimin mengenai wajah Adrian. Jimin memuntahkan segala racun atau lebih lagi bisa yang berada di tubuhnya.
“Arghh!!!!”Adrian menjerit apabila tubuhnya berasa sakit.
Tubuh manusia awalnya bertukar menjadi kekuningan dan juga hitam. Sayap besar dibelakang dan beberapa ubahan yang menampakan dirinya seolah raksasa.
Mata Jimin memerah. Kuku yang tajam menikah belakang Adrian betubi-tubi.
“Ini akibat kau ganggu perempuan aku!”
“Ji--Jimin..”

Komento sa Aklat (8)

  • avatar
    WORLDCRAFT

    ....

    02/12/2023

      0
  • avatar
    Louis Ann Bautista

    500

    18/07/2023

      0
  • avatar
    anacagennebel

    ...nice

    11/07/2023

      0
  • Tingnan Lahat

Mga Kaugnay na Kabanata

Mga Pinakabagong Kabanata