Kawasan dewan dipenuhi dengan beberapa orang pelajar yang menyertai perkhemahan tersebut. Suara riuh rendah akibat tidak sabar. “Aku tak sabar, paling best dapat mandi sungai macam tahun lepas”Kata Jinna dengan riangnya. “ada sungai ke tahun lepas? Kita pergi tempat lainlah tahun lepas” Seola memukul perlahan lengan Jinna. “ada la.. yang kita tolak Yeona jatuh tu? Ingat tak?” Seola memandang Yeona di berlakangnya. Cuba mengingati peristiwa tahun lalu. “kau asal diam?” Tanya Seola saat perasan Yeona diam sedari tadi. “Tak cukup tidur ke?” Soal Jinna. “tak ada apa, aku okay sahaja..” Senyum Yeona. Rasa hancur hati apabila mengingati pesanan yang dihantar oleh si ibu. Keluarganya pergi bercuti bersama Aryan. Menikmati hari percutian. Dia? Keluhan dilepaskan. Guru-guru yang berdiri di hadapan mereka dipandang. “Okay, bas ada dua ya.. perempuan naik bas merah lelaki bas hijau ya, jangan tergedik gatai silap masuk.. “Kata Puan Lee. “Perjalanan kita mungkin mengambil masa lebih dari tiga jam setengah untuk sampai ke destinasi, akan ada tempat-tempat untuk berhenti.. “ “dan perkhemahan kita juga disertai oleh para guru praktikal.. Cikgu Adrian dan juga Cikgu Elina.. Mereka akan bantu kamu semua semasa di pekhemahan” Yeona menepuk perlahan dahinya. Melihat Adrian yang berpakaian kemas, pasti mereka akan terserempak disana. “Yeona..” Panggil Jinna dan Seola yang turut terkejut. * * “Kau kenapa? Kiri kanan kiri kanan? Nak tukar ke?”Tanya Zeyn bersama secawan kopi diletakkan di atas meja ruang tamu. “Bukan tapi mungkin, aku mahu keluar cari madu selepas ini..” “ha? Kau kekiri ke kanan sebab stress nak cari madu ke? Bukan ke nenda dah bagi bekalan madu untuk kita?”Soal Zeyn. “Tak… bukan sebab tu” “Habistu?” “Yeona..” Jimin menghentikan langkahnya. Hatinya tidak senang duduk memikirkan gadis itu yang mungkin tidak akan pulang selama tiga hari. Ianya cukup lama seperti tiga bulan untuk Jimin. “Dia sertai perkhemahan kan? Jadi kenapa? Apa yang perlu dirisaukan?” “aku takut lelaki itu cuba ambil hati Yeona”kata Jimin serius. “lelaki? Lelaki mana?” “Bekas kekasih Yeona yang pulang dari Jepun.. aku tak mahu Yeona mencintai lelaki itu” “aku tahu kau cintakan Yeona tapi kau jangan--” “aku akan sakit kalau mereka bersatu.. aku dah tak dapat jadi manusia dan akan kekal menjadi si lebah kecil.. dan lelaki itu juga bukan baik sangat” Kata Jimin. “tak baik? Habistu kenapa kau biarkan Yeona dekat dengan dia?” “Aku tak biarkan.. cuma aku sendiri tak tahu caranya..” “Pergilah, jadi si lebah kecil dan kawal keselamatan dia di sana..” Jimin diam sebentar. Kulit yang berwarna putih pucat kini berwarna kuning berbelang hitam.Tubuh yang tinggi lampai kini menjadi sebesar batu. Sayap dikibarkan agar tubuhnya melayang diudara. “sempat ke nak sampai tu?” Tanya Zeyn. Melihat si lebah kecil mendarat di baju Zeyn. Lelaki itu segara mengambil kunci kereta yang baru dibelinya hasil duit pemberian Jimin-- “rasanya selepas ini kau perlu belanja aku BMW” * * “Hi” Tubuh rendam perlahan di dalam air sungai. Dipandang gadis yang sedang duduk di atas batu berhadapannya bersama senyuman. Yeona diam dan menayangkan wajah biasa. “Kenapa duduk seorang? Mana kawan-kawan awak?”Tanya Adrian. “rehat di khemah..”Balas Yeona acuh tak acuh. “ouhh.. tak penat ke? Kenapa tak rehat?” “dah rehat dalam bas tadi” Adrian tersenyum tawar. Bicara Yeona membuatkan dirinya terasa sakit seolah ada tidak kena diantara kekasihnya itu. “awak masih marahkan saya?”Soal Adrian perlahan. “marah? Buat apa?” “Saya tinggalkan awak.. saya tahu awak pasti marah sebab itu awak tidak layan saya macam dulu”Kata Adrian. “layan awak macam mana lagi? Saya memang macamni dari dulu” Adrian menghela nafas. Bersalah, sudah pasti. Dia tidak sepatutnya meninggalkan gadis itu namun cita-citanya perlu dicapai terlebih dahulu. “Saya tahu awak masih cintakan saya.. saya minta maaf” “baguslah” “Awak nak berpisah dengan saya ke? Atau awak dah tak cintakan saya macam dulu Yeona?” “Tadi awak sendiri cakap awak tahu saya masih cintakan awak dan sekarang awak nak cakap pula saya tak cintakan awak.. Jangan pura-pura dapat baca isi hati saya sedangkan isinya sendiri awak tak tahu..”Ujar Yeona. “Jadi betulah awak tak cintakan saya?” “saya malas nak bergaduh tentang ini, kita sama-sama besar.. dah hampir mencapai tahap dewasa.. jadi mantangkan fikiran awak Adrian” “Saya--” “sila berkumpul untuk aktiviti pertama kita!!! Siapa lambat saya denda!!” * * “Kau berbual apa dengan Adrian tadi?” Tanya Seola. Malam pertama mereka menikmati daging panggang sebagai makan malam. Itu sangat digemari oleh para pelajar. Cuaca yang sejuk ditambahkan dengan makanan panas. Dapat rasakan aura perkhemahan sangat indah. Yeona mengigit perlahan daging yang masih panas. “Kau masih ada hubungan dengan dia?”Tanya Jinna. “Dia yang datang cari aku.. aku tak tahu dan aku malas nak tahu..”Kata Yeona. “Takkan dia tak sedar salah dia?” “aku tengok pun dia dah berubah, dulu chubby sikit sekarang dah sado lepastu kurus dan kacak..” Yeona memandang kedua sahabatnya. Mereka mahu memberi riaksi buruk tapi sebaliknya seolah menyokong lelaki itu. “Bukan aku tak mahu, cuma…” “Kami faham, kita sebagai wanita ada perasaan juga. Wajarlah kau jauhi diri dari dia. Kalau aku pun aku buat perkara sama..”Kata Jinna. Yeona mengangguk perlahan. Dikepit daging yang masih di atas pemangang yang kelihatan sudah matang masak itu. “Jen to--” “Aaa panas!” Terjerit Yeona apabila daging yang dikunyahnya masih terasa panas. “Kau ni Yeon janga gelojoh sangat..” Seola memberi air untuk Yeona. “Kenapa tu?” Yeona, Seola dan Jinna tersentak mendengar teguran dari seseorang. Lelaki bertubuh tinggi duduk menyamakan tingginya dengan Yeona. Jari jemari mengusap bibir merah lembut itu. “dah merah bibir awak.. makanlah hati-hati..”Adrian mengepit daging lain lalu ditiup terlebih dahulu sebelum disuap kedalam mulut Yeona. Belum sempat mahu masuk mulut. “Arghh!!” Pengepit tersebut jatuh ke atas tanah. “eh tolong cikgu Adrian kena sengat dengan lebah!”Jerit Seola. Yeona memandang Adrian yang mengipas lengannya yang baru disengat itu. Mata kembali meneroka atas langit mencari si ‘lebah’ yang menyengat Adrian. “Lebah sengat ke?”Tanya Yeona kepada dua orang sahabatnya. “Haah tadi lebah lalu, laju juga lah tapi kecil.. kawasan hutan kan”Kata Jinna.
I-download Novelah App
Maaari kang magbasa ng higit pang mga kabanata. Makakahanap ka ng iba pang magagandang kwento sa Novelah.
....
02/12/2023
0500
18/07/2023
0...nice
11/07/2023
0Tingnan Lahat