"Dhia!" Dari jauh boleh dengar suara Puan Wani yang berlari anak sebaik sahaja melihat bayang Dhia. Gadis itu hanya senyum kecil melihat gelagat wanita yang hampir mencecah 30-an itu. Kalau orang tak kenal Puan Wani itu, pasti sudah disangka Puan Wani tu sebaya Dhia saja. Al-maklumlah, perangai dua kali lima je macam Aina, ceria tak kena tempat! "Shh, jangan bising sangat, kesian orang nak buat kerja." Dhia buat muka serba salah. Satu pejabat tengah pandang dia dengan pelbagai reaksi. Ada yang turut gembira seperti Puan Wani dengan kepulangannya, ada juga yang mata masih sibuk pada layar, langsung tak endah tentangnya. "Aku rindu kau tahu tak? Aku ingatkan kau hilang dah kena jual kat Thailand dah," besar mata Dhia mendengar andaian yang diujarman oleh Puan Wani itu. "Amboi, kemain eh. Saya hilang seminggu je bukannya hilang sebulan ke, setahun ke. Jauh sampai ke Thailand tu campak saya!" Pinggang ramping Puan Wani itu dia cuit membuatkan wanita itu menjerit kecil. Terburai ketawa wanita itu melihat reaksi Dhia. Dia tahu je apa sebenarnya yang terjadi pada Dhia tapi dia saja buat lawak untuk menggembirakan hati gadis itu. Mata Dhia melilau ke kiri dan ke kanan mencari kelibat seseorang. Sebaik sahaja memastikan 'si dia' yang dia cari tiada, dia merapatkan mukanya ke telinga Puan Wani. "Encik Harraz ada kat office ke?" perlahan saja soalan itu diajukan. Takut-takut orang lain dengar soalannya itu. Lama Puan Wani diam, memikirkan jawapan untuk soalan Dhia. "Cuba teka..." melereng panjang ayat Puan Wani sambil kepalanya menyenget ke kiri bersama senyuman mengusik terhias di bibir. Belum sempat Dhia teka, Puan Wani dah menyampuk dulu. "Belum. Encik Harraz tak masuk office lagi harini," Dhia menghela nafas lega. Lega dia bila tahu 'bos gatal' tu tak masuk lagi. "Kenapa Dhia rindu Encik Harraz eh? Seminggu tak jumpa dah gila bayang ke," galak Puan Wani mengusik. Dhia buat muka geli-geliman. "Tak kuasa saya nak rindu! Banyak lagi benda saya boleh buat selain dari rindu kat Encik Harraz tu." "Contohnya macam apa?" Tiba-tiba, ada satu suara garau dari jauh menyampuk perbualan Dhia dan Puan Wani. Berubah pucat terus wajah Puan Wani sebaik melihat pemilik suara garau itu. Lintang-pukang Puan Wani lari meninggalkan Dhia yang sudah keras di tempatnya berdiri. "Saya dengar nama saya kena petik tadi." Setapak demi setapak Harraz berjalan mendekati gadis itu. "Boleh saya tahu kenapa awak tak rindukan saya?" Membutang mata Dhia sejurus sebaris ayat itu meluncur laju keluar dari mulut Harraz. Gila ke apa lelaki ni cakap dekat tengah tengah alam ayat macam tu? Tak ke satu pejabat akan salah faham nanti. Dari anak mata dia boleh nampak yang beberapa dari rakan sekerjanya sedang berbisik-bisik sesama mereka. Pasti sedang membicarakan apa yang Harraz baru katakan tadi. "Err, tak ada apa-apa. Encik Harraz salah dengar kot. Saya cakap pasal.. err.. pasal.." "Pasal apa tu Cik Dhia?" Harraz tayang muka mengejek, sengaja buat Dhia makin tak keruan. Bukannya dia tak dengar perbualan Dhia dengan Puan Wani tadi. Saja nak mengusik gadis itu, maklumlah dah lama tak jumpa kan. "Pasal... har.. harga barang naik! Haa, harga barang naik dah sekarang!" Harraz angkat keningnya sebelah. "Harga barang?" "Haah! Harga barang mahal kan sekarang Encik Harraz? Saya rindu waktu harga barang rendah haa! Itulah, inflasi sekarang ni harga barang semua naik. Beras naik, gula naik, tepung naik, pampers naik..." sambil dia senaraikan satu-satu barang yang harganya menaik sekarang, sambil itu dia berjalan menjauhi Harraz. Inilah masanya untuk lari! Tak sempat dia pergi jauh, beg tangannya ditarik dari belakang. Refleks kakinya jadi melangkah kebelakang beberapa langkah mendekati Harraz semula. Harraz senyum lebar menunjukkan lesung pipit kirinya "Macam banyak je senarai barang yang harga naik sekarang. Apa kata awak senaraikan lagi panjang dekat bilik saya? Saya nak tahu juga barang apa je lagi yang naik." Selamba badak Harraz berkata. Langsung tak hiraukan suara suara yang sedang berbisik tentang mereka. "Err.. rasanya takde dah kot. Itu je barang yang tengah inflasi sekarang," "Miss Dhia Adreanna, my room now please." Dhia telan air liur. Mati kau Dhia. ---- Dhia labuhkan punggungnya perlahan-lahan di atas kerusi kayu berhadapan dengan Harraz. Wajah lelaki kacak itu diamati lama, cuba mencari makna tersirat di balik wajah tenang yang sedang khusyuk membaca surat khabar Metro itu. "Kenapa Encik Harraz panggil saya ke bilik ye? Saya ada buat salah ke?" "Ada." "Pasal kes tadi ke?" "Bukan." Dhia garu kepalanya yang ditutupi tudung shawl cream itu. Jadi laki pun merumitkan ke? "Jadi atas alasan apa?" Harraz tenung mata hitam milik Dhia. Lama mereka bertentangan mata sebelum Dhia cepat-cepat larikan pandangannya ke arah lain. "Saja." "Saja?" Harraz lipat surat khabar ditangannya tadi lalu diletakkan di atas meja kaca yang menjadi perantara antara mereka. Wajah Dhia sudah berkerut-kerut seperti mempersoalkan jawapan Harraz sebentar tadi. "Salah ke saya nak berborak dengan awak lepas dah seminggu awak tak masuk office?" Harraz pandangnya sambil keningnya terjungkit naik. Badannya disandarkan pada sofa kulit itu. Sangat tenang seperti tiada apa-apa yang baru saja terjadi beberapa minit yang lepas. "Mengarut lah Encik Harraz!" Dhia tiba-tiba bangun dari duduknya. Api marahnya rasa seperti membuak-buak sekarang. "Tahu tak orang kat office ni dah pandang saya pelik sebab ayat Encik Harraz tadi?" "Ayat yang mana?" Membutang mata Dhia. 'Ayat yang mana' dia tanya? "Encik Harraz ni dah gila ke apa eh?" "Haah, saya dah gila, gilakan awak." Mundar-mandir Dhia berjalan dihadapan lelaki itu. Sah! Sah lelaki ni dah gila! Dengan dagu ditopang serupa lelaki sakit mental dah pandangnya dengan senyuman gatal. Memang kena dah nama gelaran yang dia beri kepada Harraz. Bos gatal. "Satu office ni dah pandang saya pelik tau sebab statement Encik Harraz tadi yang buatkan kita ni macam ada apa-apa! Mana saya nak letak muka saya ni?" Dhia dah gelisah. Masalah ayahnya tak selesai lagi, ditambah pulak Harraz yang serupa laki gila talak dekat dirinya. Wajah Harraz langsung tidak menunjukkan yang lelaki itu gelisah sekali dengannya. Sebaliknya, lelaki itu makin tenang lalu surat khabar yang tadinya dia lipat di atas meja, dia ambil semula. Helaian demi helaian diselak. "Biar je lah dia orang nak ingat ada apa-apa. Awak dah berpunya ke?" "Belum." "Saya pun belum, so it's not an issue. Life must goes on." Surat khabar di tangan Harraz tiba-tiba dirampas. Laju surat khabar itu melayang ke bahu tegap lelaki itu membuatkan Harraz spontan mengaduh kesakitan. "Banyaklah Encik Harraz punya 'life goes on'! Yang menghadap orang kat office ni saya! Yang kena caci-maki dengan orang office saya! Yang jadi bualan mulut mak cik-mak cik bawang kat office ni pon saya! Encik Harraz tu dah lah ramai peminat naya hidup saya kat sini kalau baru beberapa bulan kerja dah jadi bahan gossip," Dhia meraung memikirkan nasibnya beberapa bulan yang akan datang. Bukannya dia tak tahu yang Harraz ni hot stuff dekat pejabat ni. Siapa je yang tak menaruh hati pada Harraz? Keluarga di kalangan orang berada, kerja bagus, keluarga baik, masih tak berpunya, ada pendapatan tetap, ada rumah, ada kereta. Siap pakej muka ala-ala pelakon dalam drama Korea. Pakej lengkap! "Biar je lah. Berkerut dahi Dhia mendengar jawapan yang keluar dari Harraz. 'Biar je lah?!' "Apa maksud Encik Harraz biar je lah?! Oh.. Encik Harraz kata biar sebab saya yang kena menanggungnya kan, bukan Encik Harraz? Saya ni dah lah baru balik dari cuti, cuti saya pon bukannya pergi holiday, pergi vacation, saya..." belum sempat Dhia mahu habiskan ayatnya, Harraz terlebih dahulu memotong. "Awak dah sihat dari sakit awak?" Dhia melopong.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (497)
Kurt Justin Ancheta
how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you
how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you
16/08/2023
1so nicee
23d
0yes nice
13/09
0View All