Sejak beberapa hari yang lepas, kerjanya makin bertimbun. Memandangkan dia pekerja baru di sini, tidak peliklah kalau minggu pertama bekerja dah ada banyak kerja. Bukan dibuli tapi dilatih untuk sebarang projek besar yang dia perlu uruskan bila dah mula biasa dengan semua kerja ini. Beberapa hari ini juga Harraz tak henti-henti memujuknya untuk keluar makan bersama dengannya. Setiap kali itu jugalah dia terpaksa menolak walaupun dia okey saja untuk keluar dengan lelaki itu. Malangnya keadaan tidak menginzinkan walaupun hanya untuk keluar makan sekali saja. Betapa sibuknya dia pada minggu ini memang tidak dapat dinafikan. Lelaki itu sendiri tahu yang dia mempunyai banyak kerja yang masih tertangguh tapi Harraz tetap berdegil juga nak ajak dia keluar makan. Kalau tanya Kak Wani dan pekerja-pekerja yang lain pun mereka akan tahu betapa sibuknya dia kebelakangan ini. Dia cuma sempat makan roti yang dibelikan oleh Kak Wani saja sebagai alas perut setiap hari. Begitulah jadualnya berulang selama beberapa hari ini. Hayden? Jujur dia katakan selepas daripada pertemuan mereka di kafe beberapa hari yang lepas, batang hidung Hayden pun tak pernah muncul berdekatan tempat kerjanya. Apatah lagi bayang lelaki itu. Lelaki itu seperti ghaib terus daripada dunia. Apa yang dia tahu, lelaki itu seringkali mengganggunya melalui Whatsapp setiap hari. Mengingatkan dia tentang family dinner yang akan berlangsung dua hari daripada sekarang. Muak rasanya menerima mesej yang sama je setiap pagi. 'My house, pukul lapan pagi, this weekend.' Itu sajalah mesej yang dia terima dari lelaki itu setiap pagi. Bukannya nak wish good morning ke apa ke cuma mesej berupa peringatan itu sahaja yang sering keluar di notifikasi telefon bimbitnya setiap hari. Setiap kali Hayden mesej juga dia berkira-kira untuk block nombor lelaki itu dari mesejnya yang tidak ubah berupa spam itu. "Kerja Dhia dah siap?" Tegur Kak Wani yang baru sahaja muncul dari dalam lift. Dia baru sahaja pulang dari lunch di tempat biasa mereka. Dia paling lambat masuk di antara pekerja lain kerana sebelum naik office tadi, dia pergi ke tandas dulu yang terletak di tingkat satu. Bukannya tak ada tandas di tingkat ini cuma dia takut tak sempat sampai je. Kang tak pasal-pasal heboh satu pejabat dia terkencing dalam seluar. "Dah nak siap dah ni. Cuma tinggal check semula je kerja yang Dhia dah buat. Takut pula kalau ada kira-kira yang Dhia buat silap dekat mana-mana," ujarnya lemah. Beberapa hari ini dia asyik tak cukup tidur semata-mata untuk menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya itu. Dia bukan jenis yang sanggup berkengkang mata demi sesuatu kerja. Kerja assignment yang diberikan oleh pensyarahnya pun dia buat sambil lewa je. Asal siap pun sudah okeylah baginya. Tapi memandangkan ini kerja pertamanya bekerja di sini, dia perlulah berusaha keras sedikit berbanding orang lain untuk menunjukkan yang dia layak bekerja di syarikat yang gah ini tanpa bantuan orang dalam. "Sudah-sudahlah tu, Dhia. Akak tengok Dhia ni macam lemah semacam je. Mata sembab, lunch tak keluar makan, berkurung dalam office sampai larut malam. Kerja ni kan kena siapkan dalam masa dua minggu. Yang Dhia bersungguh-sungguh nak siapkan minggu ni juga dah kenapa? Boleh jatuh sakit nanti," kata Kak Wani dengan nada risau. Mana dia tak risau. Lunch pun Dhia tak turun. Cuma makan sekeping roti yang dia belikan setiap kali turun lunch je buat lapik perut seharian ini. Berat badan gadis itu pun semakin susut sejak dua menjak ni. Dhia hanya ukir senyuman kecil sebagai balasan kepada soalan Kak Wani. Dia sendiri tiada jawapan untuk soalan itu. Mungkinkah alasannya kerana mimpi yang menghantui hidupnya sejak kebelakangan ini? Dia sengaja sibukkan diri dengan kerja yang diberikan supaya tidak terfikirkan tentang mimpi itu lagi? Soalan itu hanya bermain difikirannya sahaja. Tiada langsung patah perkataan yang keluar dari mulut Dhia berkenaan hal itu. Cukuplah dia seorang saja yang tahu sebabnya. Dia tak mahu susahkan orang lain dengan masalah yang dia sendiri tidak tahu jalan penyelesaiannya. Cawan plastik di atas mejanya yang berisi kopi panas itu dia jenguk sekilas. Kopi di dalamnya sudah habis. Terpaksalah dia pergi ke dapur untuk refill yang baru memandangkan kerjanya masih belum selesai sepenuhnya. Masih ada beberapa perkara yang perlu dia semak semula takut-takut dia ada buat kesilapan tanpa dia sendiri sedar. Biasalah fikiran bercelaru sambil buat kerja yang bertimbun mana mungkin tak buat silap. Mujur saja syarikat memang menyediakan kopi segera yang dia boleh ambil bila-bila masa sahaja yang dia mahu tanpa perlu bayar sesen pun. Dekat pun dekat hanya terletak beberapa meter saja dari mejanya. Tanpa bantuan kopi yang disediakan oleh pihak syarikat, tak mungkin dia mampu berkekang mata seharian menghadap kertas kerjanya yang banyak itu. Dhia bingkas bangun dari duduknya. Wajah Kak Wani yang jelas terpapar kerisauan itu dia hanya balas dengan anggukan saja. Memberitahu wanita itu yang dia baik-baik saja. "Akak tak payahlah risau. Dhia dekat universiti pun memang macam ni. Setakat kerja ni tak ada apa sangatlah nak dirisaukan." Katanya. Bimbang pula dia Kak Wani pandang dia dengan wajah simpati begitu. Bukannya Kak Wani tak pernah tawarkan diri untuk membantunya menyiapkan kerjanya tapi dia yang berkeras tak mahu dibantu. Tak mahu wanita itu bersusah-payah deminya. Kerja Kak Wani pun dah bertimbun takkan dia nak ganggu dengan kerjanya sekali kut. "Ish, ye lah. Kalau ada apa-apa masalah panggil akak tau." Laju gadis itu mengangguk. Kak Wani kembali semula ke mejanya. Walaupun begitu, matanya tak lepas dari memandang dia. Kepalanya digeleng-gelengkan. Ada-ada je Kak Wani ni. Kakinya diatur menuju ke dapur mini yang terletak di hujung koridor ini. Tidak terlalu jauh sebelum kepalanya mula berpinar. Terhuyung-hayang langkahnya sepanjang menuju ke sana. Jalan menuju ke sana bagai berpusing-pusing dengan sendirinya menyebabkan langkahnya juga tidak teratur. Dia pegang kepalanya kuat, rasa berdenyut-denyut yang amat sakit saat ini. Kakinya kaku berdiri di situ, tidak lagi dapat melangkah. "Dhia!" Itu perkara terakhir yang dia dengar sebelum badannya rebah ke lantai dan matanya terpejam rapat. Hanya cahaya gelap yang menyapa dia pada waktu itu sebelum dia pengsan tidak sedarkan diri. ---- Celik sahaja mata, matanya disapa dengan wajah Kak Wani yang sedang menangis teresak-esak bagaikan dia tidak lagi bernyawa saat ini. Nampak sahaja Dhia sudah buka mata, lantas tubuh gadis itu dipeluk erat. "Encik Harraz, Dhia dah sedar!" Dengar sahaja nama yang tidak asing lagi bagi dirinya, kepalanya ikut menoleh bersama Kak Wani. Seperti yang dijangkakan, Harraz sedang memandang ke luar gelas kaca itu sebelum menoleh memandang ke arahnya selepas pemberitahuan mengejut Kak Wani itu. Dia dapat buat kesimpulan sendiri yang dia mungkin berada dalam bilik lelaki itu memandangkan dia kenal haruman bilik Harraz walaupun hanya sekali saja dia pernah melangkah masuk sebelum ini. Haruman lavender ini hanya lelaki itu yang pakai pada biliknya. Riak muka lelaki itu jelas menunjukkan yang dia risaukan tentang sesuatu. Risaukan tentang dia ke? "Kenapa Dhia ada dekat sini?" Kepalanya dipegang lama. Masih dapat rasakan denyutan cuma kali ini kurang sedikit berbanding sebelum dia pengsan tadi. Pandangannya meliar ke sekeliling bilik besar itu. Kali ini dia yakin ini bilik Harraz. Melihatkan hiasan dalamannya, sekali pandang dia boleh tahu ini bilik siapa. Setahu dia hanya lelaki itu sahaja yang mempunyai pemandangan betul-betul menghadap KLCC seperti ini. "Dhia pengsan waktu nak pergi mini kitchen tadi. Nasib baik Encik Harraz perasan waktu dia nak pergi kitchen. Encik Harraz terus panggil Kak Wani dengan Ria untuk bawa Dhia masuk bilik dia." Terang Kak Wani tersekat-sekat. Belum habis sepenuhnya tangisan wanita itu. Habis hancur mekap wanita itu kerananya. Kalau bukan sebab dia sakit sekarang, memang dia dah gelak terbahak-bahak dah melihat wajah Kak Wani sekarang. "Saya dah banyak kali ajak awak keluar makan tapi awak degil. Tengok sekarang dah sakit-sakit satu badan baru nak menyesal," marah Harraz. Siapa yang sakit sekarang ni dia ke lelaki ni? Macam dia je yang terlebih emosi daripada tuan punya badan. "Saya okey je lah. Cuma badan je pening sikit," Dhia cuba bangun daripada sofa itu sebelum ditahan oleh Kak Wani. Ditolaknya kepala Dhia supaya baring semula ke sofa. Kepalanya terhantuk sedikit kuat pada pemegang sofa itu. Rasa nak bocor salur darah kepalanya kerana hentakan itu. "Awak tak payah pergi mana-mana." Arahan tiba-tiba dari lelaki itu buatkan lidahnya kelu. Mereka dua sama-sama terkejut dengan arahan mengejut oleh Harraz itu. Wajah lelaki itu tegas, langsung tidak menunjukkan yang dia sedang main-main. "Awak duduk dalam ni diam-diam. Habis waktu kerja nanti saya hantar awak balik. Awak mesej kawan awak tu, yang hantar and ambil awak setiap hari tu, yang hari ni biar saya hantar awak balik." Tegas Harraz memberi arahan. Dia kembali semula ke meja kerjanya. Menyiapkan kerja yang masih berbaki yang perlu dia siapkan hari ini untuk diberikan kepada orang atasan. "Tak boleh. Saya kena.." "Listen to what I say. Duduk sini diam-diam ataupun saya berhentikan awak kerja." Sejurus perkataan 'berhentikan' itu keluar dari mulut Harraz, Dhia buat isyarat zip mulut. Tak berani lagi melawan cakap Harraz. Lelaki itu ada kuasa ke atasnya kerana pangkat Harraz lebih tinggi darinya. Nak tak nak terpaksalah dia ikut. Tiada pilihan, terpaksalah dia bertapa di dalam bilik lelaki itu selama beberapa jam ini sementara menunggu waktu kerja tamat.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (498)
Kurt Justin Ancheta
how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you
how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you
16/08/2023
1yes
17h
0so nicee
16d
0View All